Jadual Waktu Berbuka Puasa Kuala Lumpur & Putrajaya 2024 Dan Imsak 1445H, Download Lampiran takwim waktu buka puasa imsak dan sahur JAKIM.

Jadual Waktu Berbuka Puasa Kuala Lumpur & Putrajaya 2024 Dan Imsak 1445H

Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Waktu Imsak Kuala Lumpur Dan Putrajaya Tahun 2024/ 1445H. Panduan buat warga ibu kota Kuala Lumpur dan Putrajaya. Bulan Ramadhan yang mulia kembali lagi. Berpuasa di bulan Ramadhan adalah rukun Islam yang ketiga. Berikut dikongsikan Jadual Waktu Berbuka Puasa Kuala Lumpur dan Putrajaya serta Imsak (Sahur) untuk tahun 2024 bersamaan dengan 1445 Hijrah.

Jadual rasmi berbuka puasa dan imsak telah dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan. Jadual memaparkan maklumat hari, tarikh hijrah dan miladiah untuk waktu berbuka dan imsak KL dan Putrajaya. Untuk makluman, umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa pada 1 Ramadhan 1445H bersamaan dengan hari Selasa, 12 Mac 2024.

Jadual Waktu Berbuka Puasa Kuala Lumpur / Putrajaya 2020 dan imsak

Jadual Waktu Berbuka Puasa Kuala Lumpur Dan Putrajaya Tahun 2024 Dan Imsak 1445H

Berikut dikongsikan Jadual Waktu berbuka puasa Kuala Lumpur dan Putrajaya 1445H serta waktu Imsak melibatkan seluruh kawasan di KL/ Putrajaya untuk tahun 2024 :-

Wilayah Persekutuan KL & Putrajaya

Jadual Waktu Berbuka Puasa Kuala Lumpur dan Putrajaya Serta Waktu Imsak
Jadual-Waktu-Imsak-Berbuka-Puasa-KL-Putrajaya
NOTA : Muat Turun : Takwim Jadual Berbuka Puasa JAKIM Dan Imsak (Kuala Lumpur, Labuan, Putrajaya)

* Tertakluk kepada Pengisytiharan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia

** Tarikh melihat Anak Bulan Syawal tertakluk kepada Pengisytiharan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia

Jadual Waktu Berbuka Puasa Labuan Dan Imsak

Berikut adalah jadual waktu berbuka puasa dan Imsak untuk Zon Labuan:-

Jadual-Waktu-Imsak-Berbuka-Puasa-Labuan

Adab-Adab Dan Sunat Berpuasa

Puasa bukanlah sekadar menahan diri daripada makan dan minum, tetapi juga menahan diri dari melakukan perkara-perkara yang ditegah oleh Allah SWT samada berupa iktikad, pebuatan atau pertuturan. Sebagai panduan bersama, berikut dikongsikan adab-adab dan sunat ketika berpuasa :-

i) Bersahur dan mengakhirkan sahur

Bersahur adalah merupakan amalan sunat berdasarkah hadith yang diriwayatkan daripada Anas RA bahawa Nabi SAW bersabda maksudnya :-

  • “Bersahurlah kamu kerana sesungguhnya sahur itu ada keberkatan”
  • Riwayat al-Bukhari dan Muslim

Sahur adalah berkat kerana ianya membantu menguatkan orang yang berpuasa. Waktu bersahur adalah bermula pada pertengahan malam sehingga terbit fajar namun disunatkan mengakhirkan waktu bersahur

Diriwayatkan daripada Zaid bin Thabit bahawa beliau berkata maksudnya :-

  • “Kami telah bersahur bersama Rasulullah SAW, kemudian kami bangkit untuk solat (subuh) dan kadar antara azan (subuh) dan sahur ialah sekadar bacaan lima puluh ayat
  • Riwayat al-Bukhari dan Muslim

Sesorang itu sudah dikira bersahur walaupun dengan minum seteguk air. Sabda Nabi SAW maksudnya

  • “Sahur itu berkat. maka janganlah kamu tinggalkannya walaupun seorang antara kamu (hanya) meneguk seteguk air

ii) Mempercepatkan berbuka puasa apabila terbenamnya matahari

Sabda Rasulullah SAW maksudnya

  • Kekallah umatku dengan kebaikan sebagaimana mereka mempercepatkan berbuka puasa”
  • Riwayat al-Bukhari dan Muslim

Begitu juga disunatkan berbuka puasa dengan tamar. Sekiranya tiada tamar maka sunat dengan air. Sunat juga berdoa ketika berbuka. Antara doa Rasulullah SAW ketika berbuka adalah

doa berbuka puasa

iii) Sunat beriktikaf sepanjang bulan Ramadhan

Khususnya pada sepuluh hari terakhir Ramadhan

iv) Tidak melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan kehendak dan tujuan puasa,

v) Tadarus al-Quran

Jibrail AS bertadarus al-Quran dengan Rasulullah SAW pada setiap malam sepanjang bulan Ramadhan

Selamat menjalankan ibadah puasa Ramadhan tahun ini dengan jayanya. Semoga perkongsian jadual ini boleh dijadikan panduan buat warga Lembah Kelang yang ingin mengetahui masa berbuka dan sahur sepanjang Ramadhan.

Tinggalkan Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *