Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak Singapura 2024, Lampiran takwim Imsakiah Ramadan bersamaan 1445 Hijrah bagi Singapura

Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak Singapura 2024 (Imsakiah Ramadan)

Jadual Berbuka Puasa Dan Imsak Singapura 2023/ 1444H. Bilakah tarikh mula puasa Ramadan di Singapura tahun 2023? Umat Islam di Singapura sama seperti jiran mereka di Malaysia akan memulakan ibadah puasa wajib Ramadhan pada 1 Ramadhan 1444H yang jatuh pada hari Khamis, 23 Mac 2023. Sebagai panduan, berikut dikongsikan Jadual Waktu Berbuka Puasa dan Imsak Singapura tahun 2023 (1444 Hijrah). Maklumat berbuka puasa dan waku imsak tahun 2024 akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Jadual rasmi Imsakiah Ramadan 1444H/ 2023 bagi Singapura telah diterbitkan oleh Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS).

Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak Singapura 2021/ 1442H

Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak Singapura 2023 (1444H)

Berikut adalah perincian waktu berbuka puasa dan Imsak untuk seluruh kawasan Singapura bagi tahun 2022/ 1444H  :-

Imsakiah Ramadan 1444/ 2023 Singapura

Imsakiah-Ramadhan-2023M-1444H-Singapura

NOTA : Muat Turun : Imsakiah Ramadan 2023 Singapura

  1. Puasa adalah ibadat yang memupuk kesuburan rohani dan jasmani
  2. Latihan bagi diri dan jiwa untuk melentur nafsu agar tidak melampaui batas
  3. Ramadhan adalah bulan anugerah Ilahi bagi orang yang ingin mendapatkan anugerah ini
  4. Rugilah bagi mereka yang tidak menyanjung kesempatan untuk mendapatkan kurniaan ini

Adab-Adab Dan Sunat Berpuasa

Puasa bukanlah sekadar menahan diri daripada makan dan minum, tetapi juga menahan diri dari melakukan perkara-perkara yang ditegah oleh Allah SWT samada berupa iktikad, pebuatan atau pertuturan. Sebagai panduan bersama, berikut dikongsikan adab-adab dan sunat ketika berpuasa :-

i) Bersahur dan mengakhirkan sahur

Bersahur adalah merupakan amalan sunat berdasarkah hadith yang diriwayatkan daripada Anas RA bahawa Nabi SAW bersabda maksudnya :-

  • “Bersahurlah kamu kerana sesungguhnya sahur itu ada keberkatan”
  • Riwayat al-Bukhari dan Muslim

Sahur adalah berkat kerana ianya membantu menguatkan orang yang berpuasa. Waktu bersahur adalah bermula pada pertengahan malam sehingga terbit fajar namun disunatkan mengakhirkan waktu bersahur

Diriwayatkan daripada Zaid bin Thabit bahawa beliau berkata maksudnya :-

  • “Kami telah bersahur bersama Rasulullah SAW, kemudian kami bangkit untuk solat (subuh) dan kadar antara azan (subuh) dan sahur ialah sekadar bacaan lima puluh ayat
  • Riwayat al-Bukhari dan Muslim

Sesorang itu sudah dikira bersahur walaupun dengan minum seteguk air. Sabda Nabi SAW maksudnya

  • “Sahur itu berkat. maka janganlah kamu tinggalkannya walaupun seorang antara kamu (hanya) meneguk seteguk air

ii) Mempercepatkan berbuka puasa apabila terbenamnya matahari

Sabda Rasulullah SAW maksudnya

  • Kekallah umatku dengan kebaikan sebagaimana mereka mempercepatkan berbuka puasa”
  • Riwayat al-Bukhari dan Muslim

Begitu juga disunatkan berbuka puasa dengan tamar. Sekiranya tiada tamar maka sunat dengan air. Sunat juga berdoa ketika berbuka. Antara doa Rasulullah SAW ketika berbuka adalah

doa berbuka puasa

iii) Sunat beriktikaf sepanjang bulan Ramadhan

Khususnya pada sepuluh hari terakhir Ramadhan

iv) Tidak melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan kehendak dan tujuan puasa,

v) Tadarus al-Quran

Jibrail AS bertadarus al-Quran dengan Rasulullah SAW pada setiap malam sepanjang bulan Ramadhan

Selamat menjalankan ibadah puasa Ramadhan tahun ini dengan jayanya. Semoga perkongsian jadual waktu berbuka puasa Singapura 2023 serta Imsak boleh dijadikan panduan buat warga Kota Singa yang ingin mengetahui masa berbuka dan sahur sepanjang bulan Ramadhan. Moga amalan kita diterima oleh Yang Maha Esa.

Tinggalkan Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *