Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak Selangor 2024, Download Lampiran takwim JAKIM seluruh kawasan/ zon di negeri Selangor.

Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak Selangor 2024

Waktu Berbuka Puasa Serta Waktu Imsak Negeri Selangor Tahun 2024/ 1445H. Bilakah waktu berbuka dan sahur di Negeri Selangor tahun 2024? Bulan Ramadhan yang mulia kembali lagi. Berpuasa di bulan Ramadhan adalah rukun Islam yang ketiga. Berikut dikongsikan Jadual Waktu Berbuka Puasa dan Imsak Selangor Darul Ehsan untuk tahun 2024 bersamaan dengan 1445 Hijrah. Jadual rasmi berbuka puasa telah dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan Jabatan Mufti Negeri Selangor.

Jadual memaparkan maklumat hari, tarikh hijrah dan miladiah untuk waktu berbuka dan imsak. Untuk makluman, umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa pada 1 Ramadhan 1445H bersamaan dengan hari Selasa, 12 Mac 2024.

Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak Selangor 2023

Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak Selangor Tahun 2024/ 1445H

Berikut dikongsikan Jadual Waktu berbuka puasa dan Imsak Selangor 1445H melibatkan seluruh zon dan kawasan/ daerah di Negeri Selangor untuk tahun 2024 :-

Waktu Berbuka Selangor Zon 1 & Imsak : Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Hulu Langat & Sepang

Jadual-Waktu-Imsak-Berbuka-Puasa-Selangor-Zon-1
NOTA: Muat Turun : Takwim Jadual Berbuka Puasa JAKIM Dan Imsak 2024 (Selangor)

* Tertakluk kepada Pengisytiharan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia

** Tarikh melihat Anak Bulan Syawal tertakluk kepada Pengisytiharan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia

Zon 2 : Kuala Selangor & Sabak Bernam

Berikut adalah jadual untuk Selangor Zon 2:-
Jadual-Waktu-Imsak-Berbuka-Puasa-Selangor-Zon-2
Untuk Zon 3 Selangor, berikut adalah jadual  buat panduan penduduk Klang dan Kuala Langat:-

Waktu Berbuka Selangor Zon 3 & Imsak : Klang & Kuala Langat

Jadual-Waktu-Imsak-Berbuka-Puasa-Selangor-Zon-3

Adab-Adab Dan Sunat Berpuasa

Sebagai panduan bersama, berikut dikongsikan adab-adab dan sunat ketika berpuasa :-

i) Bersahur dan mengakhirkan sahur

Bersahur adalah merupakan amalan sunat berdasarkah hadith yang diriwayatkan daripada Anas RA bahawa Nabi SAW bersabda maksudnya :-

  • “Bersahurlah kamu kerana sesunguhnya sahur itu ada keberkatan”
  • Riwayat al-Bukhari dan Muslim

Sahur adalah berkat kerana ianya membantu menguatkan orang yang berpuasa. Waktu bersahur adalah bermula pada pertengahan malam sehingga terbit fajar namun disunatkan mengakhirkan waktu bersahur

Diriwayatkan daripada Zaid bin Thabit bahawa beliau berkata maksudnya :-

  • “Kami telah bersahur bersama Rasulullah SAW, kemudian kami bangkit untuk solat (subuh) dan kadar antara azan (subuh) dan sahur ialah sekadar bacaan lima puluh ayat
  • Riwayat al-Bukhari dan Muslim

Sesorang itu sudah dikira bersahur walaupun dengan minum seteguk air. Sabda Nabi SAW maksudnya

  • “Sahur itu berkat. maka janganlah kamu tinggalkannya walaupun seorang antara kamu (hanya) meneguk seteguk air

ii) Mempercepatkan berbuka puasa apabila terbenamnya matahari

Sabda Rasulullah SAW maksudnya

  • Kekallah umatku dengan kebaikan sebagaimana mereka mempercepatkan berbuka puasa”
  • Riwayat al-Bukhari dan Muslim

Begitu juga disunatkan berbuka puasa dengan tamar. Sekiranya tiada tamar maka sunat dengan air. Sunat juga berdoa ketika berbuka. Antara doa Rasulullah SAW ketika berbuka adalah

doa berbuka puasa

iii) Sunat beriktikaf sepanjang bulan Ramadhan

Khususnya pada sepuluh hari terakhir Ramadhan

iv) Tidak melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan kehendak dan tujuan puasa,

v) Tadarus al-Quran

Jibrail AS bertadarus al-Quran dengan Rasulullah SAW pada setiap malam sepanjang bulan Ramadhan

Selamat menjalankan ibadah puasa Ramadhan tahun ini dengan jayanya. Semoga perkongsian jadual waktu berbuka puasa dan Imsak Selangor 2024 boleh dijadikan panduan buat umat Islam yang ingin mengetahui masa berbuka dan sahur di kawasan mereka.

Tinggalkan Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *