Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak Kedah 2024, Lampiran takwim Ramadhan 1445 Hijrah bagi seluruh kawasan/ zon di negeri Kedah,

Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak Kedah 2024

Waktu Berbuka Puasa Kedah Dan Waktu Imsak 2024/ 1445H. Bulan Ramadhan yang mulia bakal tiba tidak lama lagi. Untuk makluman, umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa pada 1 Ramadhan 1445H bersamaan dengan hari Selasa, 12 Mac 2024. Berikut adalah Jadual Waktu Berbuka Puasa dan Imsak Kedah 2024 bersamaan dengan 1445 Hijrah buat panduan warga Kedah.

Jadual rasmi berbuka puasa dan imsak akan dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama Jabatan Mufti Negeri Kedah. Jadual berbuka puasa/ Imsak akan memaparkan maklumat hari, tarikh hijrah dan miladiah bagi waktu berbuka dan imsak Negeri Kedah. Moga ianya boleh dijadikan rujukan berguna buat umat Islam yang ingin mengetahui masa berbuka puasa dan Imsak pada bulan puasa Ramadhan di Negeri Kedah Darul Aman dan kawasan yang sewaktu dengannya.

Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak Kedah 2019

Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak Kedah Tahun 2024/ 1445H

Berpuasa di bulan Ramadhan adalah rukun Islam yang ketiga. Berikut dikongsikan Jadual Waktu berbuka puasa dan Imsak Kedah 1445H melibatkan seluruh kawasan dan zon di Negeri Kedah untuk tahun 2024 yang dibahagikan kepada 7 zon seperti berikut :-

Zon 1 

Daerah Kota Setar, Kubang Pasu Dan Pokok Sena

Jadual-Waktu-Imsak-Berbuka-Puasa-Kedah-Zon-1

NOTA : Muat Turun Takwim Jadual Berbuka Puasa JAKIM Dan Imsak 2024 (Kedah)

* Tertakluk kepada Pengisytiharan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia

** Tarikh melihat Anak Bulan Syawal tertakluk kepada Pengisytiharan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia

Zon 2 

Berikut adalah jadual waktu berbuka puasa dan Imsak Negeri Kedah untuk Zon 2:-

Jadual-Waktu-Imsak-Berbuka-Puasa-Kedah-Zon-2

Waktu Berbuka Kedah Zon 3 & Waktu Imsak

Untuk Zon 3 Kedah, berikut adalah jadual buat panduan penduduk Padang Terap dan Sik:-

Jadual-Waktu-Imsak-Berbuka-Puasa-Kedah-Zon-3

Zon 4 

Waktu berbuka puasa dan Imsak 2023 untuk Daerah Baling Kedah adalah seperti jadual berikut :-

Jadual-Waktu-Imsak-Berbuka-Puasa-Kedah-Zon-4

Zon 5 

Waktu berbuka puasa dan Imsak untuk Daerah Kulim dan Bandar Baharu, Kedah adalah seperti paparan di bawah:-

Jadual-Waktu-Imsak-Berbuka-Puasa-Kedah-Zon-5

Waktu Berbuka Kedah Zon 6 & Waktu Imsak

Jadual waktu bagi penduduk sekitar daerah Langkawi, Kedah adalah seperti di bawah

Jadual-Waktu-Imsak-Berbuka-Puasa-Kedah-Zon-6

Zon 7 

Puncak Gunung Jerai

Jadual-Waktu-Imsak-Berbuka-Puasa-Kedah-Zon-7

Adab-Adab Dan Sunat Berpuasa

Puasa bukanlah sekadar menahan diri daripada makan dan minum, tetapi juga menahan diri dari melakukan perkara-perkara yang ditegah oleh Allah SWT samada berupa iktikad, pebuatan atau pertuturan. Sebagai panduan bersama, berikut dikongsikan adab-adab dan sunat ketika berpuasa :-

i) Bersahur dan mengakhirkan sahur

Bersahur adalah merupakan amalan sunat berdasarkah hadith yang diriwayatkan daripada Anas RA bahawa Nabi SAW bersabda maksudnya :-

  • “Bersahurlah kamu kerana sesungguhnya sahur itu ada keberkatan”
  • Riwayat al-Bukhari dan Muslim

Sahur adalah berkat kerana ianya membantu menguatkan orang yang berpuasa. Waktu bersahur adalah bermula pada pertengahan malam sehingga terbit fajar namun disunatkan mengakhirkan waktu bersahur

Diriwayatkan daripada Zaid bin Thabit bahawa beliau berkata maksudnya :-

  • “Kami telah bersahur bersama Rasulullah SAW, kemudian kami bangkit untuk solat (subuh) dan kadar antara azan (subuh) dan sahur ialah sekadar bacaan lima puluh ayat
  • Riwayat al-Bukhari dan Muslim

Sesorang itu sudah dikira bersahur walaupun dengan minum seteguk air. Sabda Nabi SAW maksudnya

  • “Sahur itu berkat. maka janganlah kamu tinggalkannya walaupun seorang antara kamu (hanya) meneguk seteguk air

ii) Mempercepatkan berbuka puasa apabila terbenamnya matahari

Sabda Rasulullah SAW maksudnya

  • Kekallah umatku dengan kebaikan sebagaimana mereka mempercepatkan berbuka puasa”
  • Riwayat al-Bukhari dan Muslim

Begitu juga disunatkan berbuka puasa dengan tamar. Sekiranya tiada tamar maka sunat dengan air. Sunat juga berdoa ketika berbuka. Antara doa Rasulullah SAW ketika berbuka adalah

doa berbuka puasa

iii) Sunat beriktikaf sepanjang bulan Ramadhan

Khususnya pada sepuluh hari terakhir Ramadhan

iv) Tidak melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan kehendak dan tujuan puasa,

v) Tadarus al-Quran

Jibrail AS bertadarus al-Quran dengan Rasulullah SAW pada setiap malam sepanjang bulan Ramadhan

Selamat menjalankan ibadah puasa Ramadhan buat Warga Kedah. Semoga jadual waktu berbuka puasa dan Imsak yang dikongsikan bermanfaat buat semua.

Related : kuala muda, waktu solat, tahun 2023 masihi bersamaan 1444 hijrah,

Tinggalkan Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *