Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak Johor 2024, Download Lampiran takwim Ramadhan 1445 Hijrah bagi seluruh kawasan/ zon di negeri Johor.

Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak Johor 2024

Waktu Berbuka Puasa Serta Waktu Imsak Negeri Johor Tahun 2024/ 1445H. Hendak tahu waktu berbuka dan sahur di Negeri Johor? Bulan Ramadhan yang mulia kembali lagi. Berpuasa di bulan Ramadhan adalah rukun Islam yang ketiga. Berikut dikongsikan Jadual Waktu Berbuka Puasa dan Imsak Johor Darul Takzim tahun 2024 bersamaan dengan 1445 Hijrah. Jadual rasmi berbuka puasa telah dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan memaparkan maklumat hari, tarikh hijrah dan miladiah untuk waktu berbuka puasa dan imsak Ramadhan.

Untuk makluman, umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa pada 1 Ramadhan 1445H bersamaan dengan hari Selasa, 12 Mac 2024.

Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak Johor

Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak Johor Tahun 2024/ 1445H

Berikut dikongsikan waktu berbuka puasa dan waktu Imsak melibatkan seluruh kawasan dan zon di Negeri Johor untuk tahun 2024 adalah seperti berikut :-

Zon 1 

Jadual-Waktu-Imsak-Berbuka-Puasa-Johor-Zon-1

Pulau Aur Dan Pulau Pemanggil

NOTA : Muat Turun : Takwim Jadual Berbuka Puasa JAKIM Dan Imsak 2024 (Johor)

* Tertakluk kepada Pengisytiharan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia

** Tarikh melihat Anak Bulan Syawal tertakluk kepada Pengisytiharan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia

Johor Zon 2 

Berikut adalah jadual untuk Zon 2:-

Daerah Johor Bahru, Kulai, Kota Tinggi, Mersing dan Pulau-Pulau Yang berdekatan dengannya

Jadual-Waktu-Imsak-Berbuka-Puasa-Johor-Zon-2

Zon 3 

Berikut pula adalah Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak Johor untuk Zon 3 buat panduan penduduk Pontian dan Kluang-

Daerah Pontian Dan Kluang

Jadual-Waktu-Imsak-Berbuka-Puasa-Johor-Zon-3

Waktu Berbuka Johor Zon 4 

Zon seterusnya adalah Zon 4 melibatkan kawasan utara Johor iaitu Batu Pahat, Muar, Tangkak, Segamat dan Gemas Johor:-

Daerah Batu Pahat, Muar, Tangkak, Segamat Dan Gemas Johor

Jadual-Waktu-Imsak-Berbuka-Puasa-Johor-Zon-4

Adab-Adab Dan Sunat Berpuasa

Sebagai panduan bersama, berikut dikongsikan adab-adab dan sunat ketika berpuasa :-

i) Bersahur dan mengakhirkan sahur

Bersahur adalah merupakan amalan sunat berdasarkah hadith yang diriwayatkan daripada Anas RA bahawa Nabi SAW bersabda maksudnya :-

  • “Bersahurlah kamu kerana sesunguhnya sahur itu ada keberkatan”
    • Riwayat al-Bukhari dan Muslim

Sahur adalah berkat kerana ianya membantu menguatkan orang yang berpuasa. Waktu bersahur adalah bermula pada pertengahan malam sehingga terbit fajar namun disunatkan mengakhirkan waktu bersahur

Diriwayatkan daripada Zaid bin Thabit bahawa beliau berkata maksudnya :-

  • “Kami telah bersahur bersama Rasulullah SAW, kemudian kami bangkit untuk solat (subuh) dan kadar antara azan (subuh) dan sahur ialah sekadar bacaan lima puluh ayat
    • Riwayat al-Bukhari dan Muslim

Sesorang itu sudah dikira bersahur walaupun dengan minum seteguk air. Sabda Nabi SAW maksudnya

  • “Sahur itu berkat. maka janganlah kamu tinggalkannya walaupun seorang antara kamu (hanya) meneguk seteguk air”

ii) Mempercepatkan berbuka puasa apabila terbenamnya matahari

Sabda Rasulullah SAW maksudnya

  • Kekallah umatku dengan kebaikan sebagaimana mereka mempercepatkan berbuka puasa”
    • Riwayat al-Bukhari dan Muslim

Begitu juga disunatkan berbuka puasa dengan tamar. Sekiranya tiada tamar maka sunat dengan air. Sunat juga berdoa ketika berbuka. Antara doa Rasulullah SAW ketika berbuka adalah

doa berbuka puasa

iii) Sunat beriktikaf sepanjang bulan Ramadhan

Khususnya pada sepuluh hari terakhir Ramadhan

iv) Tidak melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan kehendak dan tujuan puasa,

v) Tadarus al-Quran

Jibrail AS bertadarus al-Quran dengan Rasulullah SAW pada setiap malam sepanjang bulan Ramadhan

Selamat menjalankan ibadah puasa Ramadhan tahun ini dengan jayanya. Puasa bukanlah sekadar menahan diri daripada makan dan minum, tetapi juga menahan diri dari melakukan perkara-perkara yang ditegah oleh Allah SWT samada berupa iktikad, pebuatan atau pertuturan.

Semoga jadual waktu berbuka puasa dan Imsak Johor 2024 boleh dijadikan panduan buat warga Johor yang ingin mengetahui masa berbuka dan sahur di kawasan masing-masing.

bulan ramadan, waktu solat, jabatan mufti negeri, berikut adalah jadual waktu berbuka puasa dan imsak johor 2023

Tinggalkan Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *