Jadual Waktu Peperiksaan PT3 Tahun 2021. Panduan buat pelajar Tingkatan 3 yang bakal menduduki Peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) tahun 2021. Untuk rujukan ibu bapa dan murid, Jadual Peperiksaan PT3 2018 Pentaksiran Tingkatan 3 iaitu tarikh exam akan diumumkan secara rasmi oleh Lembaga Peperiksaan (LP) Malaysia. Untuk makluman, Jadual PT3 tahun 2021 yang memaparkan maklumat berkaitan tarikh peperiksaan, hari, masa, kod kertas, mata pelajaran ada dikongsikan di bawah ini dan akan berlangsung dari *Dibatalkan 28 September sehingga 6 Oktober 2020.
- Tarikh peperiksaan awam yang lain seperti UPSR, SPM, SPMU, STAM
3 jenis instrumen yang terdapat dalam Peperiksaan PT3 adalah seperti berikut:-
- Ujian pelbagai instrumen (Kajian kes) – Kerja Kursus melibatkan Mata pelajaran Sejarah dan Geografi.
- Ujian lisan (bertutur dan mendengar) yang melibatkan mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Test (Ujian) Tilawah dan Hafazan melibatkan Maharat Al-Quran Kertas 2 dan Hifz Al-Quran
- Peperiksaan/ Ujian bertulis yang melibatkan mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Geografi, Bahasa Arab, Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Bahasa Punjabi, Bahasa Iban, Bahasa Kadazandusun, Pendidikan Islam, Mathematics, Science dan Kemahiran Hidup Bersepadu.
Senarai Isi Kandungan
Jadual Waktu Peperiksaan PT3 2021 Ujian Bertulis Pentaksiran Tingkatan 3
Tarikh dan masa jadual peperiksaan PT3 untuk tahun 2021 adalah seperti di nyatakan di bawah selepas dikeluarkan secara rasmi oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM).
TERKINI PEMBATALAN PEPERIKSAAN PT3 (2021) : Pada 28 April 2021, makluman rasmi daripada Menteri Pendidikan menyatakan peperiksaan PT3 (Pentaksiran Pusat) bagi tahun 2021 telah dibatalkan.
Maklumat berkaitan akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
Tarikh Peperiksaan PT3 Tahun 2020
Sebagai rujukan, berikut dikongsikan tarikh-tarikh penting dalam peperiksaan PT3 untuk tahun 2020 beserta jadual lengkap waktu peperiksaan.
- Pentaksiran Pendidikan Kesenian PT3 :
17 Februari hingga 10 Julai 2020 - Ujian Lisan Bertutur Bertutur :-
- BM, Al-Lughah Al-Arabiah Al-Mu’asirah (LAM) :
17 Hingga 28 Ogos 2020 - Bertutur (BI) :
1 Hingga 11 September 2020
- BM, Al-Lughah Al-Arabiah Al-Mu’asirah (LAM) :
- Ujian Lisan Mendengar : BM –
21 September, BI –22 September& LAM –23 September 2020 - Maharat Al-Quran & Hifz Al-Quran (KBT) : Ujian Tilawah & Hafazan :
7 Hingga 18 September 2020 - Ujian Bertulis PT3 (BM, BI, Matematik, Sejarah, Geografi):
28 September sehingga 6 Oktober 2020.28 September hingga 29 September 2020 (Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris)
PT3 2020 : Jadual Lengkap Peperiksaan
Panduan : Koleksi Soalan Percubaan PT3 Tahun 2020-2019 Dan Skema Jawapan
A. Tugasan, Ujian Lisan Bertutur. Ujian Tilawah Dan Hafazan. Ujian Lisan Mendengar & Ujian Bertulis
- :”DIBATALKAN”
B. Jadual Peperiksaan PT3/ Ujian bertulis
:”DIBATALKAN”
Bagi subjek lain akan dikemas kini mengikut jadual Lembaga Peperiksaan Malaysia yang bakal dikeluarkan kemudian.
Arahan, Amaran, Larangan Dan Peringatan Kepada Calon
1. Arahan Am
- 1.1 Calon wajib menduduki semua instrumen pentaksiran bagi mata pelajaran yang didaftar. Calon yang tidak dapat menduduki mana-mana instrumen pentaksiran akan dianggap TIDAK HADIR bagi mata pelajaran berkenaan. Calon yang tidak dapat menduduki atau tidak hadir sesuatu instrumen pentaksiran dikehendaki mengemukakan dokumen sokongan seperti surat perakuan doktor atau surat kebenaran khas Pengarah Peperiksaan. Dokumen sokongan ini hendaklah diserahkan kepada Pengetua sebelum tamat tempoh PT3 2020.
- 1.2 Calon hendaklah menyemak butiran pada Kenyataan Kemasukan Peperiksaan sebelum pentaksiran. Calon hendaklah memaklumkan kepada pihak sekolah sekiranya terdapat kesilapan maklumat dan mengisi Borang Pembetulan Maklumat Calon. Calon dikenakan bayaran RM30.00 bagi pembetulan maklumat calon semasa tempoh semak semula keputusan PT3 pada tahun semasa. Sebarang pembetulan maklumat selepas tempoh tersebut TIDAK akan dilayan. Pembayaran hendaklah dibuat kepada pihak JPN atas nama Pengarah Peperiksaan menggunakan Kiriman Wang/Wang Pos.
- 1.3 Calon hendaklah membaca Garis Panduan dan Arahan Pentaksiran yang dinyatakan dalam Jadual Waktu PT3 2020 dan menandatangani Borang Pengakuan Calon.
2. Arahan Di Dewan/ Bilik Pentaksiran
- 2.1 Calon hendaklah berada di tempat duduk di dalam dewan/bilik pentaksiran 15 minit sebelum pentaksiran dimulakan.
- 2.2 Calon hendaklah meletakkan Kad Pengenalan atau Dokumen Pengenalan Diri di penjuru kanan sebelah label meja sepanjang waktu pentaksiran. Calon dilarang menduduki ujian tanpa dokumen berkenaan.
- 2.3 Calon dibenarkan menduduki ujian atas budi bicara Ketua Pengawas Pentaksiran sekiranya tiba 30 minit selepas ujian dimulakan. Calon mesti mengemukakan alasan yang kukuh. Masa gantian tidak akan diberikan.
3. Arahan Tentang Instrumen Pentaksiran
Calon hendaklah:
- 3.1 menyemak butiran nama kertas, kod kertas, masa pentaksiran dan arahan pada muka hadapan instrumen pentaksiran bagi memastikan calon mendapat instrumen pentaksiran yang betul.
- 3.2 memaklumkan kepada Ketua Pengawas Pentaksiran dengan segera jika menerima instrumen pentaksiran yang salah atau tidak lengkap.
- 3.3 membaca dan mematuhi semua arahan pada muka hadapan dan muka belakang (jika ada) instrumen pentaksiran sebelum pentaksiran dimulakan.
4. Arahan Tentang Kertas Jawapan Dan Skrip Jawapan Calon
Calon hendaklah:
- 4.1 menulis Angka Giliran dan Nombor Kad Pengenalan atau Nombor Pengenalan Diri dengan jelas dan betul di muka hadapan skrip jawapan calon.
- 4.2 menulis Angka Giliran dan Nombor Kad Pengenalan atau Nombor Pengenalan Diri, Nama Kertas, Kod Kertas dan Nombor Soalan dengan jelas dan betul di muka hadapan Helaian Tambahan (HT).
- 4.3 calon hendaklah menulis jawapan dengan menggunakan pensel atau pena mata bola berdakwat hitam atau biru. Pensel atau pena mata bola berdakwat selain hitam atau biru boleh digunakan untuk melukis gambar rajah dan peta.
- 4.4 menulis semua jawapan dalam Bahasa Melayu kecuali bagi instrumen pentaksiran yang membenarkan atau memerlukan calon menjawab dalam bahasa lain.
- 4.5 memastikan setiap helaian tambahan disusun mengikut urutan nombor soalan sebelum diikat bersama skrip jawapan calon.
- 4.6 berada di tempat duduk masing-masing semasa skrip jawapan calon dikumpul semula oleh Pengawas Pentaksiran.
Muat Turun/ Download Jadual Lengkap PT3 2020 Beserta Panduan Dan Arahan
Untuk jadual lengkap dan arahan penuh peperiksaan PT3, pelajar boleh memuat turun Jadual Peperiksaan PT3 2020 (Calon Biasa) di
- Jadual Kerja PT3 2020
- Ujian Bertulis 28 September Hingga 6 Oktober 2020
^ Kemaskini setakat 14 Januari 2020
Semoga perkongsian Jadual Peperiksaan PT3 2020 Pentaksiran Tingkatan 3 boleh dijadikan panduan buat pelajar dalam merancang pembelajaran yang berkualiti. Semoga anda berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan nanti.