Takwim Peperiksaan Luar Negeri Dan Profesional Tahun 2024. Perhatian buat pelajar yang ingin menduduki peperiksaan luar negeri dan profesional tahun 2024. Lembaga Peperiksaan Malaysia telah mengeluarkan Jadual Peperiksaan Luar Negeri Dan Profesional 2023 untuk panduan semua yang akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Diantara peperiksaan yang terlibat adalah ABRSM, ACCA, AIA, DELF dan IGCSE.
Maklumat yang dikongsikan dalam Takwim peperiksaan ini termasuk jenis peperiksaan dan tarikh peperiksaan dijalankan. Diantara ujian yang dijalankan adalah ujian teori, amali, peperiksaan bertulis dan lisan.
Senarai Isi Kandungan
Takwim Peperiksaan Luar Negeri Dan Profesional 2024
Berikut dikongsikan Jadual Peperiksaan Luar Negeri Dan Profesional tahun 2024 yang telah diumumkan oleh LP Malaysia dan akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
Jadual Peperiksaan Luar Negeri Dan Profesional
1. The Associated Board of the Royal Schools of Music (ABRSM)
- Tempoh Pendaftaran Sesi 1 : 25 Oktober hingga 8 November 2023
- Peperiksaan Sesi 1: Mac – April 2024
- Tempoh Pendaftaran Sesi 2: 15 Februari hingga 29 Februari 2024
- Peperiksaan Sesi 2: Julai – Ogos 2024
ABRSM adalah badan pendidikan muzik terbesar di UK. Ianya merupakan salah satu penerbit muzik terbesar dan penyedia ujian muzik terkemuka di dunia yang menawarkan penilaian kepada lebih 600,000 calon di lebih dari 90 negara setiap tahun.
Misi ABRSM adalah untuk memberi inspirasi kepada pencapaian dalam muzik. Dengan kerjasama Royal Schools of Music, ABRSM menyokong pembuatan muzik berkualiti tinggi dan pembelajaran di seluruh dunia. ABRSM juga menawarkan laluan dan sumber untuk pelajar dan guru dalam membantu membina kemahiran muzik, memberikan matlamat dan menggalakkan kemajuan.
Berikut adalah makluman yang dikongsikan oleh Lembaga Peperiksaan :
2. The Association of Chartered Certified Accountants (ACCA)
- 4 hingga 8 Mac 2024
- 3 hingga 7 Jun 2024
- 2 hingga 6 September 2024
Sumber : Laman Rasmi ACCA
Bergelar seorang akauntan bertauliah dengan sijil kelayakan profesional Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun (ACCA) adalah menjadi pilihan ramai. ACCA adalah satu badan perakaunan profesional dengan nama panjangnya Association of Chartered Certified Accountants. Peperiksaan profesional ACCA mempunyai 14 kertas dan calon perlu lulus kesemuanya untuk layak menerima sijil kelayakan profesional ACCA. Peperiksaan boleh di ambil selepas pelajar menduduki peperiksaan SPM ataupun selepas menamatkan program Ijazah Sarjana Muda (Degree). Jika anda mempunyai Ijazah (Degree) dalam bidang Accounting, anda hanya perlu mengambil 5 paper sahaja.
Pelajar boleh program profesional asas, Certificate Accountant Technician (CAT) sebelum menyambung ke sijil ACCA. Sijil ACCA meliputi kelayakan semua bidang perniagaan, daripada penyata kewangan, perakaunan pengurusan, percukaian perniagaan, undang-undang untuk audit dan juga etika perniagaan.
3. University of London (UoL) : Jadual Peperiksaan Luar Negeri Dan Profesional
- April – Jun 2024
University of London (UoL) adalah institusi pendidikan perdana yang menggabungkan 17 institusi pendidikan terkemuka di United Kingdom. Melalui University of London International Programme, UoL menawarkan pendidikan jarak jauh yang kepada 45,000 pelajar antarabangsa di 190 negara. UoL turut bekerjasama dengan kolej/ universiti swasta terkemuka di Malaysia dan menawarkan program seperti yang berikut:
- Postgraduate (MSc, MA, LLM, PGDip, PGCert)
- Undergraduate (LLB, BSc, BD, BA, DipHE, CertHE)
- Graduate Diploma
- Graduate Certificate
- Foundation
Di bawah adalah makluman yang dikongsikan oleh Lembaga Peperiksaan :
4. The Association of International Accountants (AIA)
- Akan dikemaskini
Peperiksaan AIA merupakan satu peperiksaan profesional dalam bidang perakaunan di bawah pengurusan The Association of International Accountants (AIA). Iaitu sebuah badan perakaunan profesional yang diasaskan di UK pada tahun 1928.
Peperiksaan AIA ini mempunyai 3 peringkat iaitu :
- Foundation
- Professional 1
- Professional 2
Calon mesti lulus untuk ketiga-tiga peringkat peperiksaan dalam tempoh 10 tahun bermula dari tarikh calon mendaftar sebagai pelajar dengan pihak AIA.
5. Diplôme d’Études en Langue Française (DELF) 2023 (akan dikemaskini)
Sesi Mac
- Peperiksaan Bertulis: 12 Mac 2023
- Peperiksaan Lisan: 19 Mac 2023
Sesi Jun
- Peperiksaan Bertulis: 12 Jun 2023
- Peperiksaan Lisan: 18 Jun 2023
Sesi November
- Peperiksaan Bertulis: 19 November 2023
- Peperiksaan Lisan: 26 November 2023
Berikut adalah makluman daripada Lembaga Peperiksaan :
6. International General Certificate of Secondary Education (IGCSE) Literature (English) 0486
- Akan Dikemaskini
Nota Penting
Tarikh yang dinyatakan adalah tertakluk kepada pindaan oleh badan peperiksaan yang berkenaan
Download Takwim Peperiksaan/ Jadual Peperiksaan Luar Negeri Dan Profesional
- Versi Terkini Dalam format PDF, Sila klik Lembaga Peperiksaan Malaysia (akan dikemaskini)
Selamat membuat persiapan dalam menghadapi Peperiksaan Luar Negeri Dan Profesional tahun 2024. Semoga Takwim Peperiksaan yang dikongsikan boleh dijadikan panduan berguna buat semua.