Panduan buat para pesara Kerajaan yang mencari jadual pembayaran pencen pesara kerajaan tahun ini, bilakah tarikh pembayaran pencen 2024 bulanan untuk pesara kerajaan? Berikut dikongsikan tarikh pembayaran atau jadual pembayaran pencen bulanan tahun 2024 kepada pesara kerajaan yang telah diumumkan oleh Portal Rasmi Bahagian Pasca Perkhidmatan. Melalui pembentangan Bajet 2024, pesara kerajaan juga akan menikmati bayaran khas tahun 2024.
Sebagai rujukan, tarikh bayaran pencen bulanan pesara kerajaan adalah sama dengan Jadual Pencen ATM Pesara Kerajaan. Bayaran akan dibuat lebih awal dari pembayaran salary kerajaan atau kakitangan awam lain yang masih berkhidmat.
Senarai Isi Kandungan
Tarikh Pembayaran Pencen 2024 Pesara Kerajaan
Berikut dikongsikan jadual tarikh bayaran pencen tahun 2024 untuk pesara kerajaan atau pesara perkhidmatan awam yang memaparkan tarikh, bulan dan hari.
Jadual Pembayaran Mengikut Bulan, Tarikh & Hari
- Januari : 19.01.2024, Jumaat (THAIPUSAM – 25 Januari (Khamis))
- Februari : 21.02.2024, Rabu (TAHUN BARU CINA – 10 & 11 Februari (Sabtu & Ahad))
- Mac : 21.03.2024, Khamis
- April : 19.04.2024, Jumaat (HARI RAYA AIDILFITRI : 10 & 11 April (Rabu & Khamis))
- Mei : 17.05.2024, Jumaat (HARI PESTA KAAMATAN : 30 & 31 MEI (Khamis & Jumaat))
- Jun : 12.06.2024, Rabu (HARI GAWAI : 1 & 2 JUN) (HARI RAYA AIDILADHA : 17 & 18 JUN)
- Julai : 17.07.2024, Rabu
- Ogos : 21.08.2024, Rabu
- September : 20.09.2024, Jumaat
- Oktober : 22.10.2024, Selasa (HARI DEEPAVALI – 31 OKTOBER (Khamis))
- November : 21.11.2024, Khamis
- Disember : 18.12.2024, Rabu (HARI KRISMAS – 25 DEC (Rabu))
MUAT TURUN jadual pencen 2024 : LAMPIRAN Jabatan Perkhidmatan Awam JPA
Tahun 2023
*Tarikh Hari Raya Puasa pada 22 dan 23 April 2023 akan dikemaskini setelah diumumkan secara rasmi.
Tahun 2022
*Bulan November : Diawalkan ke 14 November 2022 (Isnin)
Nota Penting Pesara
i) Pertukaran akaun bank bagi pesara/ penerima pencen hanya dibenarkan untuk dibuat sekali sahaja dalam tempoh setahun bagi mengelakkan gangguan terhadap sistem bayaran pencen setiap kali bayaran pencen bulanan dilaksanakan.
Kelulusan untuk pertukaran akaun bank adalah tertakluk kepada pertimbangan pihak JPAPENCEN. Setiap permohonan yang dibuat perlu disertakan dengan surat Permohonan Pertukaran Akaun Bank.
Klik Download borang
ii) Berikut adalah senarai bank yang menyertai Sistem Pembayaran Pencen (SBP) :
- Bank Muamalat (M) Berhad
Malayan Banking Berhad (Maybank)
Bank Simpanan Nasional
Affin Bank Berhad
CIMB Bank Berhad
Bank Islam Malaysia Berhad
Public Bank Berhad
Alliance Bank Berhad
RHB Bank Berhad
HSBC Bank Malaysia Berhad
Bank Kerjasama Rakyat (Malaysia) Berhad
Hong Leong Bank Berhad
Agro Bank Berhad
Catatan : Penggunaan akaun CIMB Islamic untuk pembayaran di bawah Skim B adalah tidak dibenarkan.
Kemaskini 27 Jun 2023 : Keputusan Mahkamah Persekutuan telah menolak rayuan Ketua Pengarah JPA dan kerajaan Malaysia berhubung pindaan Seksyen 3 dan 7 Akta Pelarasan Pencen Pindaan 2013.
Kemaskini 12 Julai 2023 : Jemaah Menteri memutuskan pencen dan pencen terbitan bagi pesara kerajaan untuk Julai hingga Disember 2023 dibayar menggunakan amaun pencen asal, kata Perdana Menteri. Amaun pencel asal adalah berdasarkan tafsiran iaitu bagi pegawai awam yang bersara sebelum 2013, bayaran pencen dikembalikan kepada amaun Disember 2012. Manakala pegawai awam yang bersara mulai 2013 bayaran pencen dikemabalikan kepada amaun asal.
Perbezaan amaun pencen semasa dengan amaun pencen asal akan terus dibayar dalam bentuk bantuan khas yang diberi nama penghargaan khas kepada pesara pkkp. Ia menjadikan amaun yang diterima oleh persara sama seperti amaun pencen semasa iaitu amaun pencen pada Jun 2023.
Semoga Jadual Tarikh Bayaran Pencen 2024 ini bermanfaat buat pesara kerajaan yang merupakan bekas penjawat awam. Moga para pesara dapat merancang kehidupan pasca perkhidmatan dengan lebih baik dalam keadaan ekonomi yang serba mencabar kini.
Rel : digunakan untuk, penerima pencen terbitan, pesara perlu, februari 2024, pencen perkhidmatan,