Bilakah tarikh pembayaran gaji atau Jadual gaji 2024 bulanan penjawat awam/ kakitangan kerajaan? Mereka yang bekerja pasti mengharapkan upah atau gaji pendapatan hasil bekerja. Pembayaran gaji bergantung kepada tangga gaji termasuk pangkat (jawatan), kelayakan dan skill masing-masing dan dibayar dalam bentuk bayaran harian, jam dan paling sinonim dalam bulanan. Tidak terkecuali kakitangan awam kerajaan (Penjawat Awam).
Pembayaran gaji kakitangan awam pada kebiasaannya dibayar pada hujung bulan. Pada waktu inilah, mesin ATM atau bank sesak dengan pekerja membuat urusan kewangan hasil penggajian mereka. Selain gaji, bonus juga merupakan perkara yang ditunggu-tunggu. Untuk kemudahan semua penjawat awam, Jadual Pembayaran Gaji 2024 Bulanan Kakitangan Awam/ Kerajaan dikongsikan di bawah ini untuk rujukan semua.
Senarai Isi Kandungan
Jadual Pembayaran Gaji 2024 Kakitangan Awam (Jadual Gaji 2024)
Berikut dikongsikan jadual dan tarikh pembayaran gaji bulanan 2024 kakitangan awam yang mungkin dapat membantu anda dalam merancang percutian atau balik kampung sesuai dengan cuti persekolahan Malaysia. Gaji kakitangan sektor awam dibayar sebulan sekali dan jadual pembayaran gaji bulanan bagi tahun 2024 adalah seperti berikut.
TERKINI : Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam Ke -18 bahawa bayaran kenaikan gaji tahunan (KGT) tambahan khas sebanyak RM100 untuk penjawat awam gred 11 hingga gred 6 dan akan bermula Januari 2023. Selain itu, Perdana Menteri turut mengumumkan Bantuan Khas Kewangan Tahun 2023 yang akan diberikan kepada penjawat awam gred 56 dan ke bawah sebanak RM700 dan pesara kerajaan dan veteran tidak berpencen sebanyak RM350 pada Januari 2023. Maklumat lebih lanjut akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
Berikut adalah maklumat gaji penjawat awam 2024. Waktu kritikal adalah pada waktu menjelang Hari Raya Aidilifitri. Pembayaran gaji seterusnya akan mengambil masa yang lama disebabkan gaji telah dibayar awal untuk persiapan Hari Raya.
- Semakan dan cetakan gaji bulanan kakitangan awam boleh dibuat secara online di JANM
Tarikh Pembayaran Emolumen Bulanan 2024
Berikut dikongsikan tarikh penting dari makluman tarikh pembayaran emolumen bulanan bagi tahun 2024 seperti di Lampiran di bawah. Ianya ditetapkan selaras dengan Arahan Perbendaharaan (AP) 105 dan surat Kementerian Kewangan Malaysia rujukan BKSK(S) 600-1/7/6 Jld.4(12) bertarikh 1 November 2023: Penetapan Tarikh dan Peraturan Pembayaran Emolumen Tahun 2024.
Maklumat bayaran gaji 2024 yang dikongsikan memaparkan maklumat bulan/ tarikh/ jenis perayaan – jika ada dan hari.
Berikut adalah maklumat tarikh pembayaran gaji beserta bulan, tarikh, hari dan nota. Hampir kebanyakkan hari pembayaran gaji adalah pada hari Jumaat. Terdapat 2 kali pembayaran gaji diawalkan disebabkan oleh perayaan utama di Malaysia.
Tarikh Pembayaran Gaji Bulanan 2024
Di bawah adalah tarikh penting dari makluman Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bilangan 5 Tahun 2023 untuk tarikh dan pembayaran emolumen tahun 2024:-
- Januari 2024
- 24.01.2024, Rabu (HARI THAIPUSAM : 25 Januari (Khamis))
- Februari 2024
- 23.02.2024, Jumaat (TAHUN BARU CINA : 10 & 11 Februari (Sabtu & Ahad))
- Mac 2024
- 25.03.2024, Isnin
- April 2024
- 25.04.2024, Khamis (HARI RAYA AIDILFITRI : 10 & 11 April (Rabu & Khamis)
- Mei 2024
- 24.05.2024, Jumaat (HARI PESTA KAAMATAN : 30 & 31 MEI (Khamis & Jumaat))
- Jun 2024
- 13.06 2024, Khamis (HARI GAWAI : 1 & 2 JUN (Sabtu & Ahad) HARI RAYA AIDILADHA : 17 & 18 JUN (Isnin & Selasa))
- Julai 2024
- 19.07.2024, Jumaat
- Ogos 2024
- 23.08.2024, Jumaat
- September 2024
- 25.09.2024, Rabu
- Oktober 2024
- 24.10.2024, Khamis (HARI DEEPAVALI : 31 OKTOBER (Khamis))
- November 2024
- 25.11.2024, Isnin
- Disember 2024
- 19.12.2024, Khamis (HARI KRISMAS – 25 DISEMBER (Rabu))
Lampiran Jadual Pembayaran Gaji 2024 Penjawat Awam
(Satu tarikh gaji untuk semua negeri)
Nota
- Tarikh pembayaran gaji 2024 masih tertakluk kepada pindaan semasa oleh ANM dan sebarang perubahan akan dimaklumkan dari masa kesemasa
Maklumat Lanjut
Pertanyaan lanjut mengenai Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia (SPANM) boleh dirujuk kepada pihak berikut:
Pengarah
Bahagian Pengurusan Operasi Pejabat Perakaunan (BPOPP)
Jabatan Akauntan Negara Malaysia
Aras 4, Kompleks Kementerian Kewangan
No.1, Persiaran Perdana
62594, Presint 2
Putrajaya
u.p. : Unit Pengurusan Prestasi
emel : unit_prestasi@anm.gov.my
No. Tel. : 03 – 8882 1624/1612/1622/1611
Semoga jadual pembayaran gaji bulanan bagi tahun 2024 (tarikh pembayaran gaji) yang dikeluarkan jabatan akauntan negara malaysia janm ini pastinya akan memudahkan Penjawat Awam atau Kakitangan Awam (pekerja sektor awam). Dalam merancang perbelanjaan isi rumah serta perbelanjaan Individu mereka kearah kehidupan yang lebih terjamin untuk masa hadapan..
Related : mengikut tarikh, satu tarikh dan peraturan pembayaran emolumen tahun,