Pasti ramai pelajar lepasan SPM 2023 yang sudah berkira-kira untuk memohon Universiti Awam atau IPTA serta Politeknik Premier yang dihajati melalui UPU online sesi 2024-2025. Berita baik buat anda. Pemohon boleh mengetahui apakah program pengajian dan institusi pendidikan yang layak dimohon melalui check syarat kelayakan akademik melalui iMASCU online.
Melalui sistem SEMAK SYARAT, senarai program pengajian dan UA/ IPTA yang layak dimohon oleh pelajar berdasarkan kepada keputusan SPM tahun semasa akan dipaparkan. Sistem Semak Syarat iMASCU adalah Applikasi yang dibangunkan oleh Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi dan UPU untuk membantu pelajar dalam membuat application kursus pengajian yang bersesuaan. Ianya dapat mengelakan pemohon dari memohon bidang pengajian yang diluar kelayakan akademik pelajar,
Senarai Isi Kandungan
Cara Check Syarat Kelayakan Kemasukan UPU Melalui iMASCU Online
Umum sedia maklum yang application UPU untuk kemasukan ke Universiti Awam, Politeknik, ILKA dan Kolej Komuniti telah dibuka dari 29 Februari hingga 29 Mac 2024. Kepada pelajar yang masih buntu untuk memilih program pengajian yang bersesuaian dengan keputusan akademik mereka, maka Sistem Semak Syarat dapat membantu.
Pelajar dapat menyemak syarat kelayakan UPU termasuk check kelayakan pelbagai program pengajian di UA merangkumi Program Asasi, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda.
Check Syarat Kelayakan Kemasukan Ke UA, TVET, UiTM Dan Politeknik
Sistem iMASCU telah ditamatkan perkhidmatannya, pemohon yang ingin memasuki UA termasuk UiTM dan Politeknik Premier/ Konvensional dan TVET boleh membuat checking syarat kelayakan menggunakan sistem berikut :-
- Check Syarat UA Lepasan SPM/ setaraf
- Check Syarat UA Lepasan STPM/ Setaraf
- TVET Semak Syarat
- Sistem Selangkah UiTM
- e-Semak Politeknik
iMASCU : Cara Semak Kelayakan UPU Online
Berikut dikongsikan panduan ringkas bergambar cara-cara membuat checking syarat kelayakan UPU melalui sistem semak syarat iMASCU.
Anda boleh membuat checking program pengajian yang anda layak di UA dan Politeknik Premier berdasarkan kepada keputusan SPM yang anda perolehi. Namun ianya hanya merangkumi kelayakan akademik sahaja.
Langkah-Langkah
- 1. Layari Laman iMASCU : Sistem Syarat UPU
- 2. Isikan maklumat peribadi yang diperlukan oleh sistem. Di antara maklumat pelajar yang perlu diisi adalah seperti berikut :-
- No MyKAD (12 Digit)
- Nama Pelajar
- Nombor Telefon
- Kategori (STPM atau SPM)
- 3. Seterusnya, isikan maklumat mata pelajaran dan keputusan peperiksaan yang diperolehi
- 4. Klik Butang Teruskan dan klik Saya SETUJU dengan terma dan syarat penafian.
Penafian
- Kemudahan checking melalui portal iMASCU adalah berdasarkan kepada syarat minimum kemasukan ke UA/ Politeknik Premier. Calon perlu memenuhi syarat am dan khas kemasukan ke program pengajian yang ditawarkan oleh UA/Politeknik Premier dan ia juga tertakluk kepada keputusan ujian khas dan temuduga bagi program pengajian berkaitan.
- Checking hanya merupakan garis panduan kepada calon dalam membuat pilihan kemasukan ke UA/Politeknik Premier dan ia tidak menjanjikan sebarang tawaran tempat jika calon melepasi syarat am dan khas kerana pemilihan adalah berdasarkan prinsip meritokrasi.
- Kementerian Pendidikan Tinggi dan Kerajaan Malaysia tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan apa-apa maklumat atau bahan yang diperolehi dari portal ini
- 5. Sistem akan memaparkan kelayakan pemohon untuk memohon jurusan yang ada ditawarkan di UA
- Senarai UA/ Institusi yang pelajar layak memohon akan dipaparkan. Klik UA/ Institusi yang berkenaan untuk melihat program yang layak dipohon
Nota
- Pelajar lepasan SPM adalah dikehendaki untuk mengisi maklumat matapelajaran yang diambil beserta dengan gred yang diperolehi dalam peperiksaan SPM yang sebenar. Keputusan peperiksaan percubaan juga boleh digunakan untuk Fasa Pertama application
- Check result menggunakan sistem ini akan berjaya dipaparkan selepas anda bersetuju dengan Terma dan Syarat yang dipaparkan dalam mesej pengesahan Pop-Up.
Maklumat Lanjut
Untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut sila hubungi UPU di
- Talian helpline (03) 8684 2363.
- Talian helpline UPU hanya beroperasi pada hari bekerja sahaja bermula dari jam 8.00 pagi – 5.00 petang.
- Layari Portal Rasmi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (UPU) di http://upu.mohe.gov.my/
- Facebook Rasmi UPU
- INSTAGRAM @Kemasukanbkpa
- Talian helpline (03) 8684 2363.
Untuk makluman, selain talian HOTLINE UPU, SISTEM MAKLUM BALAS telah disediakan bagi membolehkan pelajar untuk membuat sebarang pertanyaan mengenai UPUOnline. Pelajar atau pemohon juga boleh mengutarakan pelbagai pertanyaan dan masalah yang dihadapi. Sistem ini dapat diakses di pautan berikut:-
- https://jpt.mohe.gov.my/maklumbalas/
Tahniah kepada peajar yang berjaya mendapat keputusan peperiksana SPM yang cemerlang. Moga sistem iMASCU dijadikan panduan dalam memilih UA/ Institusi dan program pengajian yang bersesuaian dengan kelayakan akademik pelajar.