Cara Daftar i-Akaun KWSP Online Dan Mengaktifan Akaun. Panduan membuat e-pengeluaran dan semak transaksi melalui epf online.

Cara Daftar i-Akaun KWSP Online Dan Mengaktifan Akaun

Pendaftaran i-akaun KWSP Melalui e-mel, Kaunter, Kiosk Dan Telefon. Perhatian kepada ahli atau majikan yang mempunyai akaun KWSP. Sudahkah anda mendaftar kemudahan ini secara Online? Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah menyediakan i-Akaun yang boleh digunakan secara online bagi memantau transaksi caruman serta memohon e-Pengeluaran dengan lebih mudah. Berikut dikongsikan panduan cara daftar i-Akaun KWSP Online dan Pengaktifan Akaun termasuk semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan sebagai panduan untuk semua.

Untuk makluman, ianya dapat membantu memudahkan ahli KWSP untuk menyertai sebarang tinjauan maklum balas dan kaji selidik mengenai setiap inisiatif penambahbaikan skim yang diperkenalkan oleh KWSP. Selain itu, banyak lagi kemudahan lain yang disediakan dalam perkhidmatan i-Akaun untuk manfaat ahli dan majikan.

Cara Daftar i-Akaun KWSP

Cara Mendaftar Dan Mengaktifkan i-Akaun KWSP

Berikut adalah maklumat berkaitan cara daftar i akaun kwsp secara online Dan Pengaktifan Akaun untuk rujukan anda. Terdapat beberapa kaedah pendaftaran iaitu melalui e-mel (terkini) dan juga hadir ke kaunter, kiosk ataupun menghubungi talian Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP.

Kelayakan Mendaftar i-Akaun KWSP

Syarat-syarat kelayakan untuk mendaftar adalah seperti berikut:

  1. Ahli KWSP yang mempunyai No. ID Ahli dan nombor KWSP yang sah
  2. Majikan yang mempunyai nombor KWSP yang sah

i) Cara Daftar i-Akaun KWSP (Kaunter/ Telefon)

Untuk mendaftar tahun terkini dan tahun sebelumnya secara Online, turuti langkah-langkah di bawah:

 AHLI MAJIKAN
1. Kunjungi  mana-mana Kios atau Kaunter KWSP untuk mendapatkan Kod Pengaktifan i-Akaun dengan menggunakan ID Ahli. Ahli juga mempunyai pilihan untuk menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di talian 03-89226000 dari Isnin hingga Jumaat, 8.00 pagi hingga 6.00 petang1. Wakil majikan yang dilantik untuk menguruskan i-Acct bagi pihak majikan boleh mengunjungi mana-mana Kaunter KWSP untuk mendapatkan Kod Pengaktifan i-Acct dengan mengisi Borang KWSP 1 atau KWSP 1(i)
2. Layari laman web KWSP dan klik pada Pengaktifan i-Acct dalam tempoh 30 hari untuk mengaktifkan i-Acct anda menggunakan Kod Pengaktifan tersebut 2. Layari laman web KWSP dan klik pada Pengaktifan i-Acct dalam tempoh 30 hari untuk mengaktifkan i-Acct anda menggunakan Kod Pengaktifan tersebut.Majikan yang mempunyai nombor KWSP yang sah

3. Sila buka pautan: kwsp.gov.my

4. TAC (Transaction Authorisation Code) akan digunakan untuk transaksi tertentu bagi menjamin keselamatan data. Contohnya ialah apabila ahli atau majikan terlupa ID Pengguna atau Kata Laluan mereka. TAC akan dihantar melalui sistem pesanan ringkas (SMS) apabila ahli atau majikan menggunakan fungsi Lupa ID Pengguna/Kata Laluan. Cara-cara untuk mengaktifkan TAC adalah seperti berikut:

  • Ahli boleh mendaftar nombor telefon bimbit di mana-mana kios atau kaunter KWSP atau dengan menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di talian 03-89226000 dari Isnin hingga Jumaat, 8.00 pagi hingga 6.00 petang
  • Majikan boleh mendaftar nombor telefon bimbit melalui i-Akaun (register i-account) atau di mana-mana kaunter KWSP

Langkah Sekiranya Lupa ID & Kata Laluan

Sekiranya terlupa kata laluan sila ikuti panduan berikut :-

  1. Layari laman web KWSP: kwsp.gov.my
  2. Pilih “Log Masuk” dan klik i-Akaun (Ahli)
  3. Klik “Lupa ID Pengguna/ Kata Laluan?”
  4. Kemudian, pilih bantuan yang diperlukan (ID Pengguna Sahaja/ Kata Laluan Sahaja/ ID Pengguna dan Kata Laluan)
  5. Masukkan Nombor Kad Pengenalan atau Nombor KWSP
  6. Klik Permintaan TAC untuk mendapatkan Nombor TAC
  7. Nombor TAC akan diterima melalui SMS, kemudian masukkan Nombor TAC tersebut ke ruang yang disediakan.
  8. Mengira Cipta Kata Laluan Baru yang mempunyai kombinasi abjad adan nombor (contoh: zbcd9123)
  9. Isikan Pengesahan Kata Laluan dan Klik Hantar

Selain pendaftaran 1-akaun secara panggilan telefon atau datang ke kaunter KWSP, melalui Soalan Lazim KWSP, ahli boleh membuat pendaftaran dan pengaktifan i-akaun (ahli) melalui e-mel terutama semasa kaunter atau kiosk KWSP tidak beroperasi seperti panduan berikut :-

ii) Cara Daftar i-Akaun KWSP (Ahli) Melalui E-mel

Ahli boleh membuat permohonan pendaftaran i-Akaun (Ahli) melalui e-mel ke alamat iakaundaftar@epf.gov.my berserta dokumen sokongan seperti berikut:

  1. Borang Permohonan Pendaftaran (Ahli) Melalui e-mel;
    • Layari Laman Web Rasmi KWSP;
      • Berikutan aliran trafik yang tinggi, ada kemungkinan capaian ke Laman Web KWSP akan mengalami sedikit gangguan menyebabkan pengguna tidak dapat memuat turun borang. Oleh itu, pengguna boleh mencuba sekali lagi pada waktu bukan puncak
  2. Lampiran MyKad (depan dan belakang); dan
  3. Gambar swafoto Ahli bersama MyKad; dan
    • Bukti pemilikan nombor telefon Ahli (contoh: bil telefon, kontrak pendaftaran telefon, resit bayaran deposit) ; atau
    • Tangkapan skrin penyata yang tertera nama Ahli dan nombor telefon bimbit untuk pengguna prabayar
  4. Salinan Buku/ Penyata Akaun Bank Simpanan/ Semasa yang aktif milik Ahli
  5. Jika pengesahan berjaya, Ahli akan:
    • Menerima ID Pengguna dan Kata Laluan sementara melalui SMS untuk pengaktifan i-Akaun (Ahli)
    • Seterusnya Ahli hendaklah mengemaskini kata laluan baharu
  6. Contoh borang adalah seperti berikut :- daftar i akaun kwsp melalui emel

Syarat-Syarat Pendaftaran i-Akaun Ahli/ Pengemaskinian Nombor Telefon TAC

  1. Warganegara Malaysia sahaja
  2. Nombor telefon bimbit yang didaftarkan atas nama Ahli sahaja yang dibenarkan
  3. Ahli berumur di bawah 55 tahun sahaja
  4. E-mel yang dihantar melalui yahoo.com tidak dapat diproses disebabkan isu teknikal

Perhatian

  1. Kelulusan permohonan ini adalah tertakluk kepada semakan oleh KWSP
  2. KWSP berhak untuk menolak permohonan sekiranya terdapat sebarang ketidakpatuhan kepada terma dan syarat pendaftaran i-Aacct (Ahli) yang ditetapkan oleh KWSP
  3. Ahli hanya dibenarkan membuat permohonan secara e-mel sebanyak satu (1) kali sahaja. Sekiranya permohonan ini ditolak, permohonan seterusnya hendaklah dibuat melalui Kios/ Kaunter KWSP

Cara Pengaktifan i-Akaun (Ahli) Melalui e-mel

Ahli hendaklah membuat pengaktifan i-Akaun (Ahli) dalam tempoh 30 hari selepas penerimaan ID Pengguna dan Kata Laluan sementara melalui SMS. Klik pautan di bawah untuk panduan pengaktifan (Ahli) :-

Untuk mengemaskini nombor telefon untuk penerimaan TAC, ahli hendaklah mengemukakan Borang Permohonan Pendaftaran i-Acct register i-acct (Ahli) Melalui e-mel untuk mengemaskini nombor telefon dan caranya adalah seperti di kaedah pendaftaran di atas.

Cara yang sama juga perlu dibuat jika ahli ingin mendapatkan kembali ID Pengguna dan Kata Laluan sementara yang telah tamat tempoh,

SUMBER : Soalan Lazim Asas Pengeluaran i-Lestari

Perkhidmatan Yang Ditawarkan Dalam i-Akaun KWSP

Khas untuk yang telah mendaftar sebagai ahli, perkhidmatan lain yang boleh anda gunakan adalah seperti berikut:

  • Kemaskini profil termasuk alamat surat menyurat
  • Semak transaksi caruman pekerja KWSP
  • Melakukan semakan penyata untuk tahun terkini atau sebelumnya
  • Semak maklumat penamaan
  • Pohon e-Pengeluaran
  • Semak status permohonan pengeluaran & sejarah pengeluaran
  • Semak log aktiviti i-Acct
  • Mengira anggaran amaun pengeluaran perumahan, simpanan dan pelaburan

Maklumat Lanjut

Jika anda menghadapi sebarang masalah atau pertanyaan, sila rujuk pautan berikut:

Diharap agar perkongsian berkaitan Cara Daftar i-Akaun KWSP Online Dan cara mengaktifan Akaun ini dapat membantu anda. Semoga berjaya membuat pendaftaran dan mengaktifkan akaun masing-masing dengan jayanya.

Related : pejabat kwsp masukkan semula kad pengenalan cap jari masukkan nombor id, 2020 at, sila baca terma dan syarat yang dipaparkan, https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login, i akaun majikan, cara untuk,

Tinggalkan Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *