Panduan buat semua rakyat Malaysia terutamanya yang ingin mengambil ujian memandu JPJ dan belum mengetahui harga lesen memandu kereta dan motosikal. Adakah anda sudah mengkaji berapa kos yang diperlukan untuk menduduki ujian memandu kereta dan motosikal bagi tahun 2024 yang terkini? Buat panduan semua, berikut dikongsikan maklumat berkaitan Harga Lesen Memandu Kereta Dan Motosikal terkini meliputi harga yang dikenakan untuk mendapatkan lesen samada kereta auto/ manual ataupun motorsikal.
Kenderaan persendirian seperti kereta dan motosikal boleh dikatakan sebagai sesuatu yang amat penting untuk dimiliki pada hari ini. Selain daripada tempat tinggal, pakaian dan makanan, kenderaan juga boleh dikategorikan sebagai suatu keperluan buat setiap individu. Kenderaan seperti kereta dan motosikal dapat memudahkan urusan kita sehari-hari dengan membawa kita ke destinasi yang ingin dituju. Di samping itu, ia sedikit sebanyak dapat membantu kita ketika sedang berada dalam kecemasan.
Namun begitu, sebelum seseorang individu dapat membawa kereta dan motosikal di jalanraya, lesen memandu perlu dimiliki dengan menduduki ujian memandu Jabatan Pengangkutan Jalan JPJ bagi mengelakkan dikenakan saman kerana tiada lesen memandu. Dan bagi setiap ujian yang ingin diduduki contohnya ujian praktikal, sejumlah bayaran akan dikenakan mengikut jenis ujian tersebut samada ujian memandu kereta, motosikal atau lain-lain. Syarat-syarat untuk menduduki ujian mengikut kategori secara ringkasnya adalah seperti berikut:
i) Lesen motosikal B2 / Superbike B Full kuasa 500 cc : Sekurang-kurangnya berumur 16 tahun
ii) Lesen memandu kereta (manual atau automatik) : Sekurang-kurangnya berumur 17 tahun
iii) Bagi lesen E (bas atau lori) : Sekurang-kurangnya berusia 21 tahun
Senarai Isi Kandungan
Harga Lesen Memandu Kereta Dan Motosikal 2024 Terkini
Berikut dikongsikan maklumat berkaitan harga anggaran kadar harga lesen memandu 2024 terkini mengikut kategori kenderaan dan kelas. Maklumat akan dikemaskini berdasarkan perkongsian daripada institut dan pusat memandu. Harga yang ditunjukkan merangkumi yuran pembelajaran dan latihan pemanduan untuk mengambil lesen kereta atau motosikal.
Oleh kerana harga berbeza bergantung pada institut memandu, kami tidak dapat untuk membekalkan info tentang harga dengan tepat. Namun begitu, berikut adalah anggaran harga yang diperoleh menurut tinjauan yang telah dibuat ke atas kadar yang dikenakan oleh Institut Memandu di seluruh Malaysia bagi harga lesen belajar memandu kereta dan motosikal. Kadar bayaran untuk ambil lesen belajar memandu ldl adalah seperti berikut:
Kadar Harga Anggaran Yuran Latihan Memandu
Kategori | Kelas | Harga Anggaran | |||
Lesen Motosikal Tidak Melebhi 250 cc | B2 | RM350 hingga RM450 | |||
Lesen Motosikal Tidak Melebhi 500 cc | B | RM900 hingga RM1,100 | |||
Lesen Kereta Transmisi Manual | D | RM1,150 hingga RM1,300 | |||
Lesen Kereta Transmisi Automatik | DA | RM1,250 hingga RM1,500 |
Secara ringkasnya:
Kereta automatik da RM1250 hingga RM1500
Kereta manual d RM1150 hingga rm1300
Motorsikal b2 tidak lebih 250 cc RM350 hingga rm450
Motorsikal b full lebih 500 cc RM900 hingga RM1100
Buat pengetahuan semua, bagi setiap kelas kenderaan ada harga maksimum yang ditetapkan untuk membuat lesen:
i) Motosikal B2 : RM450
ii) Motosikal B: RM1,100
iii) Kereta D : RM1,300
iv) Kereta DA : RM1,500
Kemungkinan besar institut memandu akan mengenakan cas tambahan berdasarkan kemudahan atau perkhidmatan tambahan seperti duit minyak, sewa kenderaan dan kos operasi sehingga melebihi harga maksimum. Namun harganya perlulah munasabah.
Jika institut memandu meletakkan harga lebih tinggi sehingga tidak munasabah, seeloknya cuba untuk mengkaji harga di institut memandu lain. Barangkali ada yang menawarkan Harga Lesen Memandu Kereta Dan Motosikal terkini yang lebih murah dan berpatutan. Sekiranya tidak lulus ujian, ada kemungkinan perlu mengulang semula ujian dan membuat bayaran lagi, maka buatlah keputusan yang bijak
Harga Terkini Lesen Memandu Mengikut Negeri Tahun 2024
Berikut dikongsikan harga terkini dari beberapa buah syarikat memandu di Malaysia. Harga Lesen Memandu Kereta Dan Motosikal terkini adalah berbeza mengikut negeri dan institut memandu. Anda boleh klik pada nama institut memandu yang disenaraikan untuk maklumat lanjut:
Pusat Latihan Memandu Shah Bandar, Shah Alam, Selangor
Kategori | Harga |
Lesen Memandu Kereta Auto (DA) | RM1,906 |
Lesen Memandu Kereta Manual (D) | RM1,800 |
Lesen Memandu Lori E Full | RM1,350 |
Lesen Memandu Motosikal B2 | RM600 |
Harmony Driving Academy, Sungai Buloh, Selangor
Kategori | Harga |
Lesen Memandu Kereta Manual (D) | RM1,399 |
Lesen Memandu Motosikal (B2) | RM450 |
Lesen Memandu Kereta Auto (DA) | RM1,499 |
Azhan LP Enterprise Batu Caves, Gombak, Selangor
Kategori | Harga |
Lesen Memandu Kereta Manual (D) | RM1,350 |
Lesen Memandu Motosikal B2 | RM650 |
Lesen Memandu Lori (E) | RM1,250 |
Lesen Kereta Manual dan Lesen Motosikal (B2D) | RM1,950 |
Institut Memandu Kecemerlangan Latihan (IMKL), Kuala Lumpur
Kategori | Harga |
Lesen Memandu Kereta Auto (DA) | RM1,280 |
Lesen Memandu Kereta Manual (D) | RM1,280 |
Lesen Memandu Motosikal B2 | RM450 |
Lesen Memandu Motosikal B Full | RM1,000 |
Lesen Memandu Lori E Full | RM1,300 |
Pusat Latihan Memandu Berjaya Johor Bahru, Johor
Kategori | Harga |
Lesen Memandu Kereta Auto (DA) | RM1,756 |
Lesen Memandu Kereta Manual (D) | RM1,650 |
Lesen Memandu Motosikal B2 | RM590 |
Lesen Memandu Motosikal B Full | RM1218.60 |
Lesen Memandu Lori E | RM1230 |
Lesen Memandu H | RM856 |
Lesen Memandu PSV | RM150.00 |
Lesen Memandu Teksi | RM245.60 *akan dikemaskini |
Lesen Memandu Bas | RM1170 |
Pusat Memandu Zapcity Sdn Bhd, Alor Gajah, Melaka
Kategori | Harga |
Lesen Memandu Kereta Auto (DA) | RM1,314.65 |
Lesen Memandu Kereta Manual (D) | RM1,208.65 |
Lesen Memandu Motosikal B2 | RM345.62 |
Pusat Latihan Memandu Rembau, Negeri Sembilan
Kategori | Harga |
Lesen Memandu Kereta Auto (DA) | RM1,450 |
Lesen Memandu Kereta Manual (D) | RM1,350 |
Lesen Memandu Motosikal B2 | RM450 |
Lesen Memandu Motosikal B Full | RM950 |
Akademi Memandu Bera, Pahang (akan dikemaskini)
Kategori | Harga |
Lesen Memandu Kereta Auto (DA) | RM1200 |
Lesen Memandu Kereta Manual (D) | RM1049 |
Lesen Memandu Motosikal B2 | RM400 |
Lesen Memandu Motosikal B2 dan Kereta Manual D | RM1350 |
Lesen Memandu Motosikal B2 dan Kereta Auto DA | RM1450 |
Pusat Latihan Memandu City Ipoh, Simpang Pulai, Perak
Kategori | Harga |
Lesen Memandu Kereta Manual (D) | RM1,000 |
Lesen Memandu Kereta Auto (DA) | RM1,200 |
Lesen Memandu Motosikal B2 | RM370.16 |
Lesen Memandu Motosikal B | RM850 |
Lesen Memandu Lori E | RM950 |
Pusat Latihan Memandu Mahsuri, Langkawi, Kedah
Kategori | Harga |
Lesen Memandu Kereta Manual (D)/ (DA) | RM900/ RM1150 |
Lesen Memandu Motosikal B2 | RM280 |
Akademi Memandu Padang Terap, Kedah (akan dikemaskini)
Kategori | Harga |
Lesen Memandu Kereta Manual (D) | RM849 |
Lesen Memandu Motosikal B2 | RM332 |
Lesen Memandu Motosikal B Full | RM725 |
Lesen Memandu Lori E Full | RM878 |
Institut Memandu GANDA, Marang, Terengganu
Kategori | Harga |
Lesen Memandu Kereta Auto (DA) | RM1180 |
Lesen Memandu Kereta Manual (D) | RM995 |
Lesen Memandu Motosikal B2 | RM295 |
Lesen Memandu Lori E Full | RM1100 |
Lesen Memandu GDL | RM285 |
Akademi Memandu Kist, Kelantan (akan dikemaskini)
Kategori | Harga |
Lesen Memandu Kereta Auto (DA) | RM1250 |
Lesen Memandu Kereta Manual (D) | RM1150 |
Lesen Memandu Motosikal B2 | RM350 |
Lesen Memandu Motosikal B Full | RM650 |
Lesen Memandu Lori E Full | RM1199 |
Lesen Memandu GDL | RM299 |
Lesen Memandu PSV Bas | RM1417 |
Pusat Memandu Jesselton, Kota Kinabalu, Sabah
Kategori | Harga |
Lesen Memandu Kereta Auto (DA) | RM1490 |
Lesen Memandu Kereta Manual (D) | RM1290 |
Lesen Memandu Motosikal B2 | RM6900 |
Institut Memandu Siburan, Kuching, Sarawak
Kategori | Harga |
Lesen Memandu Kereta Auto (DA) | RM1700 |
Lesen Memandu Kereta Manual (D) | RM1600 |
Lesen Memandu Motosikal B2 | RM450 |
*Sila layari pautan Sekolah Memandu yang disediakan untuk mendapatkan harga terkini atau harga promosi
Senarai Institut Memandu Di Malaysia Mengikut Negeri
Anda jiga boleh membuat pengesahan harga dengan menghubungi senarai Institut Memandu mengikut negeri di pautan berikut :-
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Bagi cara daftar lesen memandu, anda dinasihatkan merujuk sendiri institusi yang dipilih untuk prosedur mendapatkan lesen memandu kali pertama dengan lebih tepat. Diharap agar maklumat berkaitan Harga Lesen Memandu Kereta Dan Motosikal terkini dapat memberi pencerahan dan pengetahuan berguna buat anda. Selamat menjalani ujian memandu dan semoga berjaya.
b2 tidak lebih 500 cc rm900 hingga rm1100, 6 jam, undang undang, kelas lesen,