Perhatian buat semua guru-guru serta para pelajar khususnya yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bakal memperkenalkan format baru bagi SPM 2021. Format tersebut akan dimuat naik di laman sesawang Kementerian Pendidikan dijangka pada pertengahan bulan Mac 2020. Maklumat berkaitan Format Baharu SPM akan dikemaskini selepas diumumkan secara rasmi di Portal Lembaga Peperiksaan, KPM.
Menurut Ketua Pengarah Pelajaran, Dr Habibah Abdul Rahim, format tersebut ketika ini dalam peringkat akhir sebelum dimuktamadkan. Ianya hampir selesai dan dijangka akan dibuka bagi pendaftaran format kepada sekolah mulai Mac ini. Pengenalan format baharu ini adalah sejajar dengan pengenalan pakej mata pelajaran Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) serta Pakej Sastera dan Kemanusiaan
Senarai Isi Kandungan
Format Baharu Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Mulai Tahun 2021
Pengenalan pakej mata pelajaran di bawah Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) di mana aliran sains dan sastera dimansuhkan telah menyebabkan berlakunya perubahan dalam format peperiksaan SPM 2021.
Disamping itu terdapat kegusaran dalam kalangan ibu bapa terhadap format tersebut susulan penggubalan kurikulum pelajaran baharu.
Berikut disediakan maklumat mengenai format baharu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bermula tahun 2021. Ini termasuklah tarikh perlaksanaan dan lain-lain maklumat yang berkaitan.
Tarikh Perlaksanaan Format Baharu SPM
Seperti yang dimaklumkan, KPM masih dalam proses memuktamadkan format tersebut dan kini berada di peringkat akhir.
- Tarikh Pelaksanaan: Sesi Persekolahan Tahun 2021
- Tarikh Pendaftaran Format Baharu : Mac 2020
Muat Turun Format Instrumen Peperiksaan SPM Mulai Tahun 2021
- Surat siaran Lembaga Peperiksaan Bil 4 Tahun 2020 & Format Instrumen SPM Baharu
Format Baharu Instrumen Peperiksaan SPM 2021
Untuk merujuk mata pelajaran yang diubah format, sila rujuk lampiran yang disediakan oleh Lembaga Peperiksaan yang merangkumi jenis instrumen, jenis item, bilangan soalan, jumlah markah, tempoh ujian dan kaedah penskoran.
1. Bahasa Melayu
2. Bahasa Inggeris
3. Bahasa Cina
4. Bahasa Tamil
5. Bahasa Iban
6. Bahasa Kadazandusun
7. Bahasa Punjabi
8. Bahasa Semai
9. Bible Knowledge
10. Kesusasteraan Melayu
11. Kesusasteraan Inggeris
12. Kesusasteraan Cina
13. Kesusasteraan Tamil
14. Matematik
15. Matematik Tambahan
16. Sains
17. Fizik, Kimia, Biologi, Sains Tambahan
18. Pendidikan Islam
19. Bahasa Arab
20. Tassawur Islam
21. Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah
22. Syariah Islamiah
23. Sejarah
24. Geografi
25. Pendidikan Moral
26. Pendidikan Seni Dan Visual
27. Pendidikan Muzik
28. Pengajian Keusahawanan
29. Bahasa Jepun/ Bahasa Jerman
30. Bahasa Korea/ Bahasa Cina Komunikasi
Bagi mata pelajaran elektif teknikal (Sekolah Menengah Teknik) format peperiksaan dan manual pentaksiran boleh dirujuk pada pautan berikut :
- Lukisan Kejuruteraan : Format SPM/ Manual Pentaksiran Kerja Kursus
- Pengajian Kejuruteraan Mekanikal : Format SPM/ Manual Pentaksiran Kerja Kursus
- Pengajian Kejuruteraan Awam : Format SPM/ Manual Pentaksiran Kerja Kursus
- Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik : Format SPM/ Manual Pentaksiran Kerja Kursus
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk dan hubungi maklumat yang disediakan di bawah:
- No Telefon: 03-8870 6000
- Alamat: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
Sektor Pendidikan Tinggi,
No. 2, Menara 2, Jalan P5/6,
62200 Putrajaya, Malaysia. - Portal Rasmi Lembaga Peperiksaan
Diharapkan perkongsian di atas dapat membantu memudahkan para pelajar dan guru serta ibu bapa/ penjaga untuk memahami dan mengetahui lebih lanjut. Semoga berjaya buat mereka yang bakal menduduki peperiksaan SPM.
Related : spm stpm muet, menggunakan format baharu, tingkatan 4, soalan peperiksaan, format baharu soalan, spm 2021 sejajar dengan pengenalan pakej mata pelajaran sains teknologi kejuruteraan dan matematik stem serta pakej sastera dan kemanusiaan yang mula dilaksanakan untuk pelajar tingkatan empat pada tahun 2020, kementerian pendidikan malaysia kpm akan memperkenalkan format baharu bagi peperiksaan, pelajaran malaysia spm 2021, bahasa arab, mata pelajaran berkaitan,