eMADANI eTunai RM100 Cara Daftar eWallet & Tebus Kredit. Download aplikasi MAE Setel ShopeePay Touch n Go & claim kredit mulai 4 dec 2023.

eMadani eTunai RM100 Cara Penebusan Kredit eWallet

Berita baik buat warganegara Malaysia. Adakah anda salah seorang yang akan mencecah usia 21 tahun dan ke atas serta berpendapatan RM100,000 setahun dan ke bawah? Sekiranya begitu, anda layak untuk menikmati manfaat daripada program eTunai eMadani. Bagi yang berkelayakan (eligible malaysians), berikut dikongsikan maklumat berkaitan termasuk Cara Daftar Dan Tebus RM100 Kredit eWallet buat rujukan semua.

Buat makluman semua, pelaksanaan satu inisiatif eTunai telah diumumkan oleh Menteri Kewangan/ Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pembentangan Bajet 2024 (Belanjawan 2024). Menurutnya, peruntukan Kerajaan Malaysia yang dibekalkan untuk inisiatif ini adalah sebanyak RM1 billion dengan agihan sejumlah RM100 untuk setiap seorang dengan anggaran 10 juta orang penerima yang layak. Maklumat penebusan dan aplikasi yang terlibat akan dikongsikan kemudian. Penebusan wang eWallet sebelum ini boleh dilakukan dengan menggunakan mana-mana aplikasi e-Wallet Malaysia yang terlibat iaitu Touch ‘N Go eWallet, Boost atau GrabPay.

eTunai emadani rm100

eMadani eTunai 2023 Cara Download Dan Tebus Kredit RM100 (Cara Daftar)

Selaras dengan Majlis Peluncuran Ekonomi MADANI, Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa bantuan etunai RM100 akan diberikan kepada semua rakyat Malaysia yang layak. Inisiatif ini khas bagi golongan B40 dan M40 yang berpendapatan RM100,000 ke bawah. Maklumat lebih lanjut berkenaan program ini akan dikemaskini sebaik sahaja dikongsikan oleh Kementerian Kewangan dari semasa ke semasa.

TERKINI 29 November 2023 : Perdana Menteri telah memaklumkan bahawa bantuan e-wallet RM100 eMADANI yang diumum 27 Julai lepas akan dikreditkan kepada semua rakyat Malaysia berumur 21 tahun ke atas dan berpendapatan bawah RM100,000 bermula 4 Disember 2023.

Seramai 10 juta orang penerima boleh menebus kredit tersebut sehingga 20 Februari 2024 sahaja. Terdapat empat penyedia e-dompet/e-wallet yang akan terlibat iaitu MAE, Setel, ShopeePay dan Touch n Go eWallet. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila klik pautan di bawah:

Kaedah penebusan adalah seperti di lampiran (Siaran Media Kementerian Kewangan)

emadani

emadani

KEMASKINI 19 Oktober 2023 : Timbalan Menteri Kewangan telah memaklumkan bahawa bantuan e-wallet RM100 yang diumum 27 Julai lepas akan dikreditkan kepada semua rakyat Malaysia berumur 21 tahun ke atas dan berpendapatan bawah RM100,000 pada Disember ini

KEMASKINI 27 Julai 2023 : Pada Majlis Peluncuran Ekonomi Madani, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan pemberian kredit e-tunai RM100 kepada semua rakyat dewasa Malaysia yang berpendapatan RM100,000 setahun dan ke bawah.

Dianggarkan lebih 10 juta rakyat yang merangkumi golongan B40 dan M40 akan menerima bantuan kewangan ini. Ia akan dilaksanakan pada suku keempat tahun ini. Informasi lebih terperinci mengenai pelaksanaan e-tunai ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Program eTunai eMadani

Untuk makluman semua, kredit e-dompet/e-wallet eMadani ini hanya boleh dibelanjakan secara fizikal. Pengguna boleh membelanjakan kredit tersebut di lebih 1.8 juta peruncit/ perniagaan seluruh negara melalui kod QR DuitNow menggunakan salah satu penyedia e-dompet yang ditebus. Penggunaan kredit eMadani tidak boleh digunakan untuk:

  • Pemindahan “peer to peer”
  • Penebusan tunai
  • Pembayaran bil utiliti terintergrasi dengan aplikasi e-dompet
  • Pembayaran fi berkaitan kerajaan yang terintergrasi dengan aplikasi e-dompet
  • Pembayaran bil pascabayar dan prabayar terintergrasi dengan aplikasi e-dompet
  • Pembelian permainan terintergrasi dengan apliasi e-dompet
  • Pembayaran tempat letak kereta/parking atau tol
  • Aktiviti pelaburan terintergrasi dengan aplikasi e-dompet
  • Transaksi e-dagang atau transaksi dalam talian

Cara Tebus RM100 eMadani

Sila klik salah satu daripada aplikasi yang pemohon berminat:

1. Setel

cara-tebus-rm100-emadani-setel

2. T n’ G eWallet

cara-tebus-rm100-emadani-tng-1cara-tebus-rm100-emadani-tng-2cara-tebus-rm100-emadani-tng-4cara-tebus-rm100-emadani-tng-5

3. ShopeePay

cara-tebus-rm100-emadani-shopeepay-2024

2. MAE (Maybank)

Program eTunai Belia Rahmah

Kerajaan pada pembentangan Bajet 2023 telah mengumumkan pemberian kredit percuma untuk golongan belia yang berumur 18 hingga 20 tahun layak untuk mendapat kredit e-wallet berjumlah RM200.

Terkini : Kementerian Kewangan mengumumkan belia waraganegara Malaysia yang berumur 18 hingga 20 tahun atau pelajar sepenuh masa di IPT boleh mula mendaftar untuk menerima kredit RM200 secara “one-off” mulai Isnin, 26 Jun 2023. Tiga penyedia perkhidmatan e-dompet yang boleh ditebus eBeliaRahmah adalah:

  1. Touch ‘n Go eWallet
  2. Boost
  3. Setel

Penyedia perkhidmatan e-dompet juga akan memberikan insentif tambahan seperti baucar, pulangan tunai (cashback) atau diskaun mata ganjaran sepanjang tempoh program ini selain bantuan kredit RM200.

Tempoh pendaftaran dan tuntutan eBeliaRahmah adalah mulai:

  • 26 Jun 2023 sehingga 22 Ogos 2023

Pendaftaran boleh dilakukan melalui aplikasi e-dompet yang dinyatakan. Kredit tersebut serta manfaat padanan daripada penyedia perkhidmatan boleh digunakan secara “offline” sehingga 31 Ogos 2023. Belia yang layak boleh menggunakan kredit RM200 di peruncit atau peniaga yang menerima pembayaran melalui kod QR DuitNow melalui salah satu e-dompet yang terlibat.

Maklumat lebih lanjut berkaitan kredit e tunai belia rahmah berjumlah rm200 kepada belia berusia 18 sehingga 20 tahun seperti syarat kelayakan boleh disemak pada pautan:

Cara Tebus RM200 eBeliaRahmah

Sila klik salah satu daripada aplikasi yang pemohon berminat:

1. Setel

cara tebus rm200 ebelia rahmah setel

2. T n’ G eWallet

cara tuntut ebeliarahmah touch n go ewallet-1cara tuntut ebeliarahmah touch n go ewallet-2cara tuntut ebeliarahmah touch n go ewallet-3

3. Boost

Program ePemula Kredit eTunai RM150 2022

Bagi menggalakkan penggunaan e-wallet dalam kalangan belia, kerajaan telah mengumumkan pemberian kredit RM150 kepada mereka yang layak. e-Skim Transaksi Tanpa Tunai ini akan diberika kepada :

  1. Belia yang berumur 18 hingga 20 tahun
  2. Merupakan pelajar sepenuh masa di institusi pengajian tinggi

Peruntukkan sebanyak RM300 juta akan memanfaatkan lebih 2 juta belia dalam membeli barangan untuk pendidikan mereka di peringkat pengajian tinggi.

Makluman : Kementerian Kewangan telah mengumumkan belia yang berkelayakan untuk mendapat ePemula boleh mendaftar mulai 11 April 2022. Pendaftaran boleh dibuat melalui empat penyedia perkhidmatan e-tunai iaitu BigPay, Grabpay, ShopeePay atau Touch ‘n Go eWallet.

Tempoh Pendaftaran dan Tuntutan kredit ePemula adalah pada:

  • 11 April 2022 sehingga 1 Jun 2022

Maklumat lebih lanjut berkenaan cara permohonan dan semakan kelayakan boleh merujuk kepada perkongsian di bawah.

Cara Tebus RM150 ePemula

Sila klik salah satu daripada aplikasi yang pemohon berminat:

1. Shopee

2. T n’ G eWallet

3. GrabPay

 4. BigPay

Program eBelia Kredit e-Tunai RM150

Kementerian Kewangan telah mengumumkan sebuah inisiatif eBelia yang merupakan bantuan tunai berbentuk e-tunai kepada lebih 2 juta belia warganegara Malaysia yang berkelayakan. Inisiatif ini dibuka kepada:

  1. Belia berumur 18 ke 20 tahun pada tahun 2021 atau
  2. Pelajar sepenuh masa di peringkat diploma atau SKM4 dan ke atas di IPT tempatan berdaftar

Dengan melakukan semak silang data dengan IPT tempatan serta pengkalan data kerajaan, setiap penerima layak mendapat kredit sebanyak RM150. eBelia akan ditawarkan di aplikasi BigPay, Boost, ShopeePay dan Touch ‘n Go eWallet. Setiap pemohon hanya layak menuntut RM150 daripada salah satu sahaja aplikasi yang disebutkan.

Tempoh tuntutan kredit eBelia adalah daripada 1 Jun hingga 22 Julai 2021 dan boleh digunakan sehingga 31 Julai 2021.

Cara Tebus RM50 ePenjana

TARIKH BAYARAN ePENJANA

  1. Menurut Kementerian Kewangan, pemohon yang layak akan mendapat RM50 secara kredit mulai 31 Julai 2020.
  2. Tiga penyedia perkhidmatan e-dompet yang terpilih untuk melaksanakan inisiatif ini ialah Boost, GrabPay dan TouchNGo eWallet. Pemohon hendaklah memuat turun salah satu dari tiga aplikasi perkhidmatan e-dompet tersebut, serta menggunakan aplikasi MySejahtera.
  3. Permohonan RM50 kredit adalah dari 31 Julai hingga 24 September 2020 dan penggunaan kredit tersebut berakhir pada 30 September 2020.
  4. Pengguna juga akan menerima insentif tambahan bernilai RM50 dalam bentuk rebat tunai, baucar, atau mata ganjaran mengikut aplikasi perkhidmatan e-dompet sepanjang tempoh kempen ini berlangsung.

Perdana Menteri melalui perutusan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) pada 5 Jun 2020 telah mengumumkan Program ePenjana. Berikut adalah petikan ucapan beliau :-

Dalam menjalani kehidupan norma baharu, semakin ramai warga Malaysia memilih untuk menggunakan pembayaran tanpa sentuh atau contactless payment.

Untuk menggalakkan penggunaan perkhidmatan ini, yang bernilai RM750 juta, Kerajaan akan mengkreditkan dana tambahan RM50 ke dalam akaun e-dompet pengguna. Ini akan dipadankan dengan tambahan baucar, pulangan tunai dan diskaun berjumlah RM50 daripada syarikat khidmat e-dompet. Inisiatif ini yang akan bermula pada bulan Julai 2020 akan memanfaatkan 15 juta warga Malaysia.

Maklumat lanjut Program termasuk cara untuk menebus akan dikemaskini dari masa kesemasa.

  • 16 Julai 2020 : Menurut kenyataan Menteri Kewangan, RM50 e-dompet akan dikreditkan ke akaun pengguna pada hujung bulan Julai. Cara pengkreditan akan dikemaskini sebaik sahaja diumumkan.
  • 8 Jun 2020 : Kerajaan akan mengkreditkan RM50 ke dalam akaun e-dompet individu yang menggunakan aplikasi MySejahtera (download the mysejahtera app).

Sebelum ini PM Interim Tun Mahathir telah mengumumkan pemberian RM50 ewallet untuk penerima BSH (Akan dikemaskini jika diteruskan oleh kerajaan baharu).

eTunai 2020 Cara Download Dan Tebus RM30 (Cara Daftar eWallet)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan eWallet 2020 Cara Daftar Dan Tebus RM30 Kredit eWallet untuk panduan semua.

Penebusan RM30 secara one-off boleh dilakukan pada tarikh berikut:

  • Tarikh Buka : 15 Januari 2020
  • Tarikh Tutup : 14 Mac 2020 (March 2020)

Syarat Permohonan RM30 e-Tunai

Untuk melakukan penebusan RM30, anda perlu memenuhi syarat-syarat berikut:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berusia sekurang-kurangnya 18 tahun mulai tahun 2020
  3. Pendapatan kurang daripada RM100,000 setahun

1. Penebusan eTunai Guna Touch ‘N Go eWallet

Cara daftar dan tebus RM30 kredit eWallet inisiatif e-Tunai menggunakan Touch ‘N Go eWallet adalah seperti berikut:

eTunai Rakyat 2020 epenjana cara daftar ewallet ebelia

Download Aplikasi Touch ‘N Go eWallet

Sila Klik :

  1. Muat turun aplikasi Touch ‘N Go eWallet menggunakan pautan di atas dan buka aplikasi tersebut
  2. Daftar dengan lengkapkan maklumat yang diperlukan
  3. Verify (sahkan) akaun Touch ‘N Go anda
  4. Tebus kredit sebanyak RM30 bermula 15 Januari 2020

e-tunai TnG 1 epenjana ebelia

emadani TnG 2

eTunai Belia Rahmah TnG 3 cara daftar ewallet

rm5 cashback jika anda berbelanja

2. Penebusan e-Tunai Guna Boost eWallet

Cara daftar dan tebus RM30 kredit eWallet inisiatif e-Tunai menggunakan Boost eWallet adalah seperti berikut:

eTunai Belia Rahmah

Download Aplikasi Boost eWallet

Sila Klik :-

  1. Muat turun aplikasi Boost eWallet menggunakan pautan di atas dan buka aplikasi tersebut
  2. Isikan maklumat yang diperlukan kemudian teruskan dengan arahan selanjutnya
  3. Upgrade akaun Boost kepada akaun Premium dan Verify atau sahkan akaun tersebut
  4. Bagi pemula yang berbelanja RM10 yang pertama, boleh dapatkan RM5 wang kembali (cashbak)
  5. Klik butang e-Tunai mulai 15 Januari 2020 nanti
  6. Klik get ready to claim e tunai dan ikut arahan yang diberikan sepertimana yang dipaparkan
  7. RM30 telah berjaya ditebus dan boleh digunakan

etunai Boost 1 cara daftar ewallet ebelia

e-tunai Boost 2 ebelia

e-tunai Boost 3 cara daftar ewallet

e-tunai Boost 4 cara daftar ewallet ebelia

Cara Tuntut eTunai iaitu Boost

3. Penebusan Guna GrabPay eWallet

Cara daftar dan tebus RM30 kredit eWallet inisiatif e-Tunai menggunakan GrabPay eWallet adalah seperti berikut:

eTunai Rakyat 2020 epenjana

Download Aplikasi GrabPay eWallet

Sila Klik:

  1. Muat turun aplikasi GrabPay eWallet menggunakan pautan di atas dan buka aplikasi tersebut
  2. Klik Payment dan aktifkan GrabPay dalam aplikasi tersebut
  3. Isikan maklumat yang diperlukan kemudian teruskan dengan arahan selanjutnya
  4. Pengesahan akaun akan diterima dan penebusan kredit RM30 boleh dilakukan

eTunai Belia Rahmah Grab

e-tunai Grab 1 epenjana etunai cara daftar ewallet

emadani Grab 2

emadani Grab 3 cara daftar ewallet

e-tunai Grab 4 epenjana ebelia

e-tunai Grab 5 epenjana

Objektif Pelaksanaan eTunai

Pelaksanaan e-Tunai bermatlamat untuk:

  1. Menggalakkan transaksi tanpa tunai (cashless) dalam kalangan Malaysia
  2. Mempercepat penggunaan eWallet dan pembayaran digital dalam kalangan pengguna serta peniaga Malaysia, terutamanya perusahaan kecil dan perniagaan runcit

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang maklumat lanjut, layari laman web eWallet yang terlibat iaitu:

Semoga perkongsian Cara Daftar Dan Tebus Kredit eWallet ini dapat memudahkan urusan anda. Selamat menebus dan menikmati eWallet masing-masing.

Related : 18 years terms and conditions epenjana initiative, boost shopeepay and touch, akaun ewallet, top up, telefon pintar, kad kredit, untuk membuat, kad pengenalan, annual income, log masuk, diploma or skm4, menebus kredit, 10 jun 2022, please refer, rm150 epemula credit, full time students enrolled in courses equivalent, duitnow qr, participating e wallet, bantuan e tunai belia rahmah berjumlah rm200, bantuan khas, meringankan beban, tng ewallet, kementerian kewangan malaysia, berusia 21 tahun ke atas, perkhidmatan e dompet pilihan, secara fizikal
rm100,000 dan ke bawah setahun, rahmah str,

Tinggalkan Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *