Panduan buat kakitangan kerajaan yang memegang jawatan sebagai guru atau pentadbir sekolah di Malaysia. Bagaimana cara untuk melakukan log masuk ke sistem eOperasi Login Modul Pengurusan Guru KPM? Buat makluman semua, e-Operasi merupakan salah satu modul bagi Sistem Pengurusan Sekolah (SPS), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di bawah Pengurusan Guru. Ianya dibangunkan oleh Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM), KPM manakala Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH), Bahagian Sumber Manusia (BPSM) dan Bahagian Sektor Operasi Pendidikan (SOP) KPM yang menguruskan penyeliaannya.
Secara umumnya, ianya adalah modul (tepat dan terkini) yang memberi kemudahan dalam melancarkan sistem pentadbiran dan pengurusan (melibatkan pengurusan data berkaitan) yang melibatkan sekolah, para guru serta murid-murid. Ia membabitkan beberapa kategori pengguna antaranya pentadbir sistem (pengurusan KPM di peringkat Bahagian, Negeri, Daerah dan Sekolah) serta pengguna (guru dan bukan guru). Selain modul ini, dua lagi modul pengurusan KPM adalah Modul Pengurusan Sekolah (EMIS) dan Modul Pengurusan Murid (APDM).
Senarai Isi Kandungan
eOperasi KPM Login Sistem Kemaskini Maklumat Guru
Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Login eOperasi KPM Modul Pengurusan Data Berkaitan Guru di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.
Modul ini melibatkan pengurusan data berkaitan guru dan bukan guru yang melibatkan beberapa kategori pengguna iaitu pentadbir sistem (pengurusan KPM di peringkat Bahagian, Negeri, Daerah dan Sekolah), dan pengguna (guru dan bukan guru).
Pengguna : Pengguna yang sudah DIDAFTARKAN oleh Pentadbir Sistem sahaja yang mendapat kebenaran untuk membuat pendaftaran dan menggunakan modul ini.
Pentadbir Sistem : Pentadbir sistem yang telah DILANTIK oleh KPM sahaja dibenarkan untuk untuk menggunakan modul ini berdasarkan peranan yang telah ditetapkan.
Guru perlu membuat kemas kini maklumat mereka di modul ini kerana terdapat pelbagai aplikasi KPM yang berhubung dengan data e-Operasi seperti laman web pertukaran guru iaitu eGTUKAR, e-Pangkat, SPLKPM dan lain lain.
Log Masuk Sistem
Untuk log masuk secara online (Login e operasi) ke Laman web modul pengurusan, klik pada pautan single sign on di bawah:
Aplikasi Sistem Modul Pengurusan Guru
Paparan terbaik menggunakan pelayar (browser) Internet Explorer (IE) 7 ke atas, Mozilla Firefox 3.0.18 ke atas, atau Chrome dengan paparan 1024 x 768
Manual Penggunaan Guru
Berikut dikongsikan langkah-langkah untuk membuat pendaftaran dan log masuk ke dalam modul pengurusan guru
1. Laman Utama
-Di laman utama, terdapat beberapa maklumat yang boleh diberi perhatian. Antaranya adalah ‘Bantuan’ yang boleh diklik sekiranya ingin mendapatkan pertolongan berkaitan pendaftaran pengguna, lupa kata laluan atau tukar kata laluan.
-Paparan mesej ralat memaklumkan pengguna jika butiran yang diisi dalam ruangan Log Masuk tidak tepat.
2. Pendaftaran Pengguna
-Untuk membuat pendaftaran, klik pada Pendaftaran Pengguna dan isi butiran-butiran seperti Nama, No. KP, No. Gaji, dan Emel dengan tepat. Pengguna perlu memastikan soalan keselamatan dan jawapan diingati kerana ia penting sekiranya ingin menukar kata laluan.
-Sesudah selesai mengisi maklumat pendaftaran, klik butang Simpan (Butiran pendaftaran akan dihantar ke alamat emel yang telah diberikan). Seterusnya pengguna boleh terus ke ruangan LOG MASUK untuk menggunakan sistem.
3. Log Masuk
-Setelah berjaya melakukan pendaftaran, pengguna boleh login eOperasi ke dalam sistem dengan menggunakan butiran ID, Kata Laluan dan No. Kad Pengenalan.
-Pengguna hendaklah memastikan bahawa butiran adalah tepat seperti yang didaftarkan. Sekiranya maklumat yang dimasukkan salah, notifikasi MAKLUMAT LALUAN MASUK SALAH akan dipaparkan
4. Lupa Kata Laluan
-Sekiranya pengguna menghadapi masalah terlupa kata laluan, kata laluan tersebut boleh diperoleh semula dengan menekan butang Lupa Kata Laluan.
-Isikan saja No. Kad Pengenalan pada ruangan yang disediakan sebelum klik butang Hantar. Para pengguna akan menerima kata laluan melalui emel yang telah didaftarkan.
5. Tukar Kata Laluan
-Sekiranya pengguna ingin menukar kata laluan, klik butang Tukar Kata Laluan.
-Isikan semua ruangan dengan mengesah maklumat yang diperlukan. Maklumat berkaitan soalan keselamatan dan jawapan adalah sama seperti membuat pendaftaran pengguna.
6. Log Masuk (Pengguna)
-Selepas pengguna log masuk ke dalam sistem modul pengurusan guru, paparan bagi nama dan No. Kad Pengenalan serta senarai menu akan ditunjukkan di sebelah kiri skrin.
-Manual Pengguna juga boleh dimuat turun dengan menekan pada Muat Turun Manual Pengguna.
-Sebarang maklumat yang tidak tepat dapat dimaklumkan kepada PK1/PK2/PK3 untuk dikemaskini.
7. Log Masuk (Pentadbir Sistem)
-Selepas pentadbir log masuk ke dalam sistem e-Operasi, paparan bagi nama dan No. Kad Pengenalan serta senarai menu akan ditunjukkan di sebelah kiri skrin untuk dipilih mengikut peranan.
-Manual Pengguna juga boleh dimuat turun dengan menekan pada Muat Turun Manual Pengguna.
8. Log Keluar
-Untuk log keluar, klik Keluar.
-Pengguna dinasihatkan agar mengambil langkah ini untuk mengelakkan dari penyalahgunaan maklumat oleh pihak lain.
Diharap agar perkongsian maklumat berkaitan di atas ini dapat memberi manfaat serta memudahkan urusan anda. Selamat menggunakan sistem KPM ini dengan efisyen.
kpm dan diselia, https eoperasi.moe.gov.my, e operasi kpm, pengesahan maklumat guru, penolong kanan 1, email protected, guru mesti buat semakan dan pengesahan maklumat, pengetua guru besar penolong, butiran id pengguna guru besar penolong kanan dan pembantu tadbir, layari laman web rasmi kpm di sini https eoperasi.moe.gov.my, dibangunkan oleh bahagian pengurusan sekolah harian bpsh bahagian, klik butang simpan untuk proses pendaftaran, e operasi modul pengurusan guru, https://eoperasi.moe.gov.my/dr_login/sign_up.cfm, butiran id pengguna sekolah harian bpsh bahagian pengurusan sumber manusia bpsm dan sektor operasi pendidikan sop kpm, dibangunkan oleh bahagian pengurusan sekolah harian bpsh bahagian pengurusan sumber manusia bpsm dan sektor operasi pendidikan sop kpm, dihantar ke ruangan log masuk untuk menggunakan sistem,