Setelah seharian berpuasa dari waktu subuh sehingga masuk waktu maghrib, umat Islam akan berbuka dengan membaca doa. Tahukah anda doa berbuka puasa secara sendiri dan beramai-ramai adalah berbeza? Justeru, bagi mengetahui lebih lanjut mengenai doa buka puasa bersendirian dan beramai-ramai, sila rujuk perkongsian di bawah.
Puasa dari segi bahasa bermaksud menahan diri daripada melakukan sesuatu. Manakala menurut istilah syarak, puasa bermaksud menahan diri daripada makan, minum dan perkara-perkara yang membatalkan puasa bermula daripada terbit fajar sehingga terbenam matahari beserta dengan niat. Sesungguhnya banyak fadilat dan kelebihan yang akan diperoleh sekiranya seseorang tersebut melakukan ibadat puasa.
Senarai Isi Kandungan
Doa Berbuka Puasa Bersendirian Dan Beramai-ramai
Sebagai umat Islam, kita diwajibkan untuk berpuasa selama sebulan pada bulan Ramadhan (bulan Ramadan) dan juga puasa kifarah, puasa qadak atau puasa nazar. Selain itu, kita juga disunatkan berpuasa enam hari pada bulan syawal, puasa hari Arafah dan puasa pada hari Isnin dan Khamis.
Berikut dikongsikan hadis mengenai doa berbuka termasuk puasa Ramadhan, iaitu doa semasa bersendirian dan beramai-ramai dan kelebihan orang berpuasa sebagai rujukan dan panduan kepada semua.
Hadis Mengenai Doa Berbuka
Daripada Ibn Umar RA berkata, bahawa Nabi Muhammad SAW apabila hendak berbuka, Baginda Rasulullah SAW membaca (doa):
-Maksudnya: “Telah hilang dahaga, telah basah urat-urat dan telah ditetapkam pahala insyaAllah”. [Riwayat Abu Daud (2357)][Syeikh al-Arna’outh menghukum sanad hadith ini adalah hasan]
Menurut Imam al-Nawawi di dalam al-Azkar, makna “الظَّمَأُ” di dalam hadith di atas adalah dahaga. Ini berdasarkan firman Allah SWT:
-Maksudnya: “Yang demikian kerana sesungguhnya (tiap-tiap kali) mereka merasai dahaga”. [Lihat: al-Taubah:120]
Berdasarkan hadis di atas, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan berpandangan bahawa setiap orang boleh berdoa dengan apa sahaja doa selagimana maksud atau makna doa itu tidak bertentangan dengan al-Quran dan hadis Nabi SAW tanpa menyandarkannya kepada Nabi SAW.
SUMBER: Portal Mufti WP
Doa Berbuka Puasa Secara Bersendirian Dan Beramai-ramai
Berikut adalah panduan doa secara sendirian atau beramai-ramai ketika berbuka beserta maksudnya.
1. Bersendirian
Rumi: Allahumma laka shumtu wa bika amantu wa‘alaa rizqika afthartu birahmatika yaa arhamarroohimiin
Maksudnya: Ya Allah keranaMu aku berpuasa dan kepadaMu aku beriman dan di atas rezekiMu aku berbuka; Dengan RahmatMu wahai yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
ATAU
Ya Allah kerana Mu aku berpuasa, Dengan Mu aku beriman, kepada Mu aku berserah dan dengan rezeki Mu aku berbuka (puasa) dengan Rahmat Mu, Ya Allah Tuhan Maha Pengasih
2. Beramai
Rumi: Allahumma laka shumna wa bika amanna wa‘alaa rizqika aftharna birahmatika yaa arhamarroohimiin
Maksudnya: Ya Allah keranaMu kami berpuasa dan kepadaMu kami beriman dan di atas rezekiMu kami berbuka; Dengan RahmatMu wahai yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
ATAU
Ya Allah kerana Mu kami berpuasa, Dengan Mu kami beriman, kepada Mu kami berserah dan dengan rezeki Mu kami berbuka (puasa) dengan Rahmat Mu, Ya Allah Tuhan Maha Pengasih
Adab Berbuka Puasa
Di bawah adalah beberapa adab ketika berbuka sebagai peringatan dan rujukan untuk kita amalkan:
1. Membaca doa iaitu berbuka puasa
-Selain daripada membaca doa berbuka puasa, kita juga digalakkan berdoa apa sahaja yang dihajati kerana waktu berbuka adalah di antara waktu yang mustajab untuk berdoa.
2. Segera Berbuka
-Kita juga disunnahkan untuk menyegerakan berbuka sebaik sahaja matahari mula terbenam atau azan Maghrib dilaungkan. Amalan ibadah lain seperti berzikir dan membaca al-Quran diberhentikan dahulu kerana sabda Nabi S.A.W: “Manusia akan sentiasa berada dalam kebaikan selagi mereka sentiasa menyegerakan berbuka puasa.” Hadis riwayat al-Bukhari.
3. Buah rutab, tamar atau air
-Berbuka puasa dengan buah rutab, tamar atau air merupakan sunnah Nabi S.A.W menurut Anas bin Malik r.a berkata: “Rasulullah S.A.W berbuka puasa sebelum solat (Maghrib) dengan rutab. Jika tiada rutab, baginda berbuka dengan tamar dan jika tiada tamar, baginda akan meneguk beberapa teguk air.” Hadis riwayat Imam al-Tarimizi.
4. Bersegera mengerjakan solat maghrib
-Hadis di atas tidak menafikan bahawa Rasulullah S.A.W juga menyegerakan solat Maghrib setelah berbuka. Namun sekiranya makanan malam telah terhidang, disunnahkan menjamah makan malam terlebih dahulu walaupun solat telah didirikan.
-Setelah selesai menikmati hidangan, bersegeralah mengerjakan solat Maghrib. Sabda Rasulullah S.A.W: ” Apabila seseorang dihidangkan makan malam sedangkan solat (jemaah) telah didirikan, utamakan makan malam. Janganlah seseorang itu tergopoh-gapah menghabiskan makanan itu sehinggalah dia selesai dalam keadaan tenang.” Hadis riwayat al-Bukhari.
5. Secara sederhana
-Kita juga diingatkan supaya berbuka puasa secara sederhana kerana ibadah puasa merupakan medan untuk melatih jiwa menjadi muslim yang bertakwa dan bersabar.
6. Menjamu makanan untuk berbuka bagi orang berpuasa
-Umat Islam digalakkan menjamu makanan untuk berbuka bagi mereka yang berpuasa terutamanya dalam kalangan orang miskin, untuk membawa anak-anak yatim serta mereka yang ditimpa musibah. Sabda Nabi S.A.W: “Sesiapa yang menjamu makanan untuk berbuka bagi orang yang berpuasa, pahalanya sama seperti pahala orang berpuasa, iaitu pahala orang yang tidak dikurangkan walau sedikit.” Hadis riwayat al-Tarmizi.
Kelebihan Doa Orang Berpuasa
Untuk makluman anda, doa orang yang berpuasa merupakan antara doa yang sangat mustajab. Sabda Baginda Nabi s.a.w:
-Maksudnya: Ada tiga golongan yang doa mereka tidak ditolak: Orang yang berpuasa hinggalah dia berbuka, doa pemimpin yang adil dan doa orang yang dizalimi. Hadith Riwayat Tirmizi (3598)
Menurut Imam Nawawi, hadith ini menunjukkan anjuran kepada kita agar memperbanyakkan doa sewaktu berpuasa dari bermulanya puasa hingga ke akhirnya. Rujuk Al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab (6/375)
Semoga perkongsian mengenai Doa di atas memberikan manfaat kepada semua. Berpuasalah dengan amalan dan kaifiat yang betul agar amalan kita diterima oleh Yang Maha Esa.
Related : Allah, untuk menjalankan ibadah puasa waktu berbuka puasa puasa ramadan salah satu, Duhai Allah, untuk-Mulah aku berpuasa, atas rezekimulah aku berbuka, bacaan doa, bukhari dan muslim, urat urat telah basah, abu dawud, umat muslim, niat puasa, ت ع ال ى , ya allah karena mu, د ع, ه م, tahun ini kerana mu kami berpuasa dengan mu kami beriman kepada mu kami berserah dan dengan rezeki mu kami berbuka puasa dengan rahmat mu ya allah tuhan maha pengasih, wa alaa rizqika afthorna, allahumma lakasumtu wabika aamantu wa alaa rizqika afthortu birohmatika yaa arhamar roohimiin, maksudnya telah basah urat urat dan telah ditetapkam pahala insyaallah, berkata bahawa nabi saw bersabda,