Daftar Penjana Kerjaya Di MYFutureJobs PERKESO Online. Program Insentif Pengambilan Pekerja daftar myfuturejobs. Individu yang masih menganggur termasuk graduan dan lepasan sekolah boleh mendaftar.

Daftar MyFutureJobs Untuk Pencari Kerja Dan Majikan

Pendaftaran MYFutureJobs PERKESO Untuk Penganggur & Graduan (Penjana Kerjaya). Berita baik buat semua rakyat Malaysia yang kehilangan pekerjaan akibat penularan wabak COVID-19. Kerajaan Malaysia melalui Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) telah mengumumkan Program Insentif Pengambilan Pekerja yang akan dilaksanakan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO). Berikut dikongsikan panduan berkaitan cara daftar Penjana Kerjaya di daftar MyFutureJobs Perkeso untuk penganggur dan graduan secara online untuk rujukan semua.

Sebagai makluman, program ini dinamakan sebagai Penjana Kerjaya atau MYFutureJobs yang akan bermula pada 15 Jun 2020. Ia melibatkan golongan pencari kerja dan juga majikan di mana insentif yang bermanfaat akan diberikan kepada majikan yang menyertai program ini. Usaha ini adalah sebagai langkah memastikan penjanaan semula ekonomi negara dan keboleh pekerjaan di kalanagan pencari kerja yang terjejas baru-baru ini.

daftar penjana kerjaya daftar myfuturejobs perkeso

Daftar MyFutureJobs Bantuan Pengambilan Pekerja Dan Kursus Latihan Di Bawah Penjana Kerjaya

Program Insentif Pengambilan Pekerja (#HireMalaysia), PenjanaKerjaya, di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri akan bermula pada hari Isnin, 15 Jun 2020.

Terdapat tiga kategori di bawah #HireMalaysia iaitu :-

a. Insentif Pengambilan Pekerja yang bertujuan untuk menggajikan pencari kerja tempatan di bawah umur 40 tahun;

b. Insentif Pengambilan Pekerja yang menggajikan pencari kerja tempatan berumur 40 tahun dan ke atas; dan

c. Insentif Pengambilan Pekerja yang menggajikan pencari kerja tempatan dalam kalangan golongan mudah terjejas termasuk golongan kurang upaya (OKU), dan peserta Program Return to Work PERKESO.

*Nota: Umur pencari kerja adalah berdasarkan pada tarikh lahir semasa permohonan

Dilaksanakan oleh PERKESO dibawah Kementerian Sumber Manusia, ianya bertujuan merangsang pewujudan pekerjaan, bantuan mobiliti dan meningkatkan peluang pekerjaan.

Memandangkan PenjanaKerjaya akan mewujudkan banyak peluang pekerjaan, PERKESO menggesa individu yang masih menganggur termasuk graduan dan lepasan sekolah untuk mendaftar di portal MyFutureJobs .Pencari kerja yang memerlukan bantuan boleh menghubungi PERKESO atau hadir ke pejabat PERKESO di seluruh negara di mana Kaunselor Kerjaya PERKESO bersedia untuk membantu.

Bagi majikan pula, Pegawai Perkhidmatan Majikan PERKESO bersedia memberi sokongan kepada majikan yang memerlukan bantuan seperti mendaftarkan kekosongan jawatan ataupun pengambilan pekerja.

Majikan yang mempunyai kekosongan jawatan di syarikat masing-masing, boleh mendaftarkan profil mereka di penjanakerjaya.perkeso.gov.my mulai 15 Jun 2020. Apabila majikan telah mengambil pekerja melalui program ini, mereka mesti mendaftarkan pekerja-pekerja ini dengan PERKESO untuk caruman wajib.

penjanakerjaya.perkeso.gov.my

Mulai 1 Julai 2020, majikan boleh memilih nama pekerja yang diambil di bawah program ini melalui penjanakerjaya.perkeso.gov.my untuk kelulusan bayaran insentif. Insentif pengambilan pekerja akan dibayar pada bulan berikutnya setelah caruman PERKESO dibayar, bersama dengan elaun mobiliti untuk pekerja yang layak, yang dibayar kepada pekerja melalui majikan mereka. Majikan hanya perlu memohon insentif untuk setiap pekerja yang diambil bekerja sekali sahaja dan pembayaran insentif pada bulan berikutnya (selama 6 bulan) akan dilakukan secara automatik.

Mulai 1 Julai 2020, jika perlu, majikan boleh memilih daripada senarai kursus yang diluluskan di penjanakerjaya.perkeso.gov.my bagi latihan kemahiran dan peningkatan kemahiran untuk pekerja mereka yang diambil melalui program ini. Program latihan ini akan dilaksanakan dengan kerjasama Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB).

Melangkah ke hadapan, PERKESO kini sedang meneliti peluang berkolaborasi dengan pelbagai Agensi Perkhidmatan Pekerjaan Swasta untuk meningkatkan prospek pekerjaan untuk pencari kerja dan penganggur.

SUMBER : Kenyataan Media Ketua Eksekutif PERKESO, Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed

Di bawah dikongsikan maklumat berkaitan cara daftar Penjana Kerjaya di daftar MYFutureJobs PERKESO Untuk Penganggur & Graduan secara online serta manfaat MYFutureJobs.

Cara Daftar Penjana Kerjaya Di Myfuturejobs (Majikan Dan Pekerja)

Untuk membuat pendaftaran MYFutureJobs secara online, turuti langkah-langkah di bawah:

A) Pencari Kerja

1. Sila buka pautan: MYFutureJobs

2. Anda perlu mendaftar dengan menekan butang  “Jobseeker sign in”

3. Kemudian, sila klik “Register here” sebagai pengguna kali pertama.

4. Isikan emel dan nombor kad pengenalan anda serta kata laluan yang ingin digunakan.

5. Selesai mendaftar, anda boleh terus layari portal tersebut dengan mencari bidang kerjaya yang sesuai dan kawasan yang anda inginkan.

B) Majikan

1. Layari pautan: MYFutureJobs

2. Wakil majikan perlu mendaftar dengan menekan butang “Employer sign in”

3. Seterusnya, klik butang “Register here” sebagai pengguna kali pertama.

4. Wakil majikan perlu mengisi butiran-buiran berkenaan syarikat dan seterusnya klik “Send for approval”

5. Syarikat akan menerima maklumat berkaitan akaun syarikat setelah disahkan oleh MYFutureJobs.

Manfaat MYFutureJobs

Program yang mensasarkan lebih 300 000 pencari kerja ini telah diperuntukkan oleh kerajaan dengan insentif sebanyak RM1.5 billion. Manfaat ini boleh dimohon oleh majikan yang berminat bermula pada 15 Jun 2020 melalui Portal Penjana Kerjaya (akan dikemaskini).

Insentif boleh diterima pada 1 Julai 2020 sekiranya syarat-syarat dipenuhi oleh majikan. Berikut adalah perincian insentif yang akan diberikan oleh Kerajaan Malaysia kepada para majikan yang menyertai Program Penjana Kerjaya:

Perantis40 tahun dan ke bawah40 tahun dan ke atas atau Orang Kurang Upaya (OKU)
JUMLAH RM 600/ bulanRM 800/ bulan RM 1000/ bulan
TEMPOH MASA6 bulan6 bulan6 bulan

*Elaun latihan sebanyak RM 4,000 seorang untuk pekerja di bawah insentif ini termasuk bukan pencarum PERKESO.

*Bantuan Pergerakan bagi pekerja juga disediakan secara one-off (sehingga RM600 – semenanjung, RM1,000 – sabah dan sarawak)

SUMBER: PERKESO

Proses Permohonan Program Insentif Pengambilan Pekerja Dan Latihan

Klik Grafik

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda mempunyai pertanyaan lanjut atau sebarang masalah mengenai MYFuturejobs, Pusat Hotline PERKESO Putrajaya telah dijadikan sebagai talian khas Bilik Gerakan Penjana Kerjaya. Anda boleh hubungi talian hotline di:

03-8091 5300 (Beroperasi dari Isnin ke Ahad, 8.30 a.m. – 5.00 p.m.)

emel: penjanakerjaya@perkeso.gov.my

Soalan Lazim

Portal Rasmi PERKESO

Semoga perkongsian berkaitan cara membuat pendaftaran MYFuture Jobs PERKESO Untuk Penganggur dan Graduan dapat memberikan manfaat kepada semua. Diharapkan anda berjaya mendapat pekerjaan yang sesuai dan mampu menyara hidup masing-masing.

Related : cara daftar myfuturejobs, portal myfuturejobs perkeso, portal penjanakerjaya, mencari pekerjaan bawah penjanakerjaya, perkeso 2022, dibawa ke halaman, login myfuturejobs, log masuk, laman web, mencari kerja, cara login, carian kerja, daftar login,

Tinggalkan Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *