Ramai ibu bapa dan pelajar yang banyak membuat carian tentang contoh surat rasmi tidak hadir ke sekolah. Berikut dikongsikan contoh yang mudah dan ringkas beberapa surat rasmi makluman kepada pihak sekolah akan ketidakhadiran pelajar ke sekolah tanpa sijil sakit ataupun atas alasan lain yang kukuh atau munasabah. Antara alasan yang diberikan oleh ibu bapa atau pelajar adalah demam, sakit, masalah keluarga dan sebagainya.
Surat rasmi permohonan cuti sekolah ini penting dalam memastikan rekod berhenti sekolah pelajar kelak berada dalam keadaan yang baik. Ianya sekaligus mengelakkan rekod kesalahan ponteng sekolah dicatatkan dalam rekod pelajar. Oleh itu perkongsian contoh surat tidak hadir ke sekolah ini boleh dijadikan buat semua dalam mengarang satu Surat Rasmi yang terbaik.
Senarai Isi Kandungan
Contoh Surat Rasmi Tidak Hadir Ke Sekolah Atau Cuti Sakit.
Berikut dikongsikan senarai Contoh Surat Tidak Datang Ke Sekolah buat panduan semua. Alasan ketidakhadiran ke sekolah adalah berbeza-beza mengikut individu dan pelajar adalah dilarang untuk menipu alasan tidak ke sekolah.
TERKINI: Contoh Surat Rasmi Tidak Hadir Ke Sekolah Kerana Bimbang Penularan COVID-19
(Nama bapa/ ibu/ penjaga)
(Alamat)
_______________________________________________________________________________
Tuan Guru Besar, (Tarikh)
(up:Guru Kelas ……….. )
Tuan/Puan
Memohon Pengecualian Kehadiran Anak Ke Sekolah Disebabkan Kebimbangan Penularan COVID-19
Dengan segala hormat perkara di atas adalah dirujuk
2. Saya …………………….. bernombor kad pengenalan ………………… merupakan (bapa/ibu/penjaga) kepada …………………….. yang berada di kelas…………..
3. Saya ingin memberitahu bahawa saya tidak membenarkan anak/ jagaan saya untuk hadir ke sekolah atas sebab bimbang dengan penularan COVID-19. Lebih-lebih lagi terdapat kes positif COVID-19 berdekatan dengan kawasan kediaman saya.
4. Saya bertanggungjawab sepenuhnya dalam memastikan anak/ jagaan saya berada di rumah sepanjang tempoh pengecualian kehadiran ke sekolah serta memastikan kerja sekolah diselesaikan dalam tempoh yang ditetapkan.
5. Kerjasama dan perhatian dari pihak Tuan/Puan dan pihak sekolah saya dahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian,
Yang Benar,
________________
(Nama bapa/ ibu/ penjaga)
Contoh Surat Tidak Datang Ke Sekolah 1
Hasnita binti Abdul Malek,
No.222, Jln Serindit 8,
Taman Indah, 82000 Pontian
Tuan,
Guru Tingkatan 2 Bestari,
SMK Seri Damai,
Jalan Besar
82000 Pontian, Johor Darul Takzim.
PERKARA : TIDAK HADIR KE SEKOLAH
Merujuk kepada perkara di atas, saya adalah ayah kepada Hasnita binti Abdul Malek. Untuk makluman pihak tuan, anak saya tidak dapat hadir ke sekolah pada ……………… bersamaan hari Isnin kerana sakit perut.
2. Justeru itu, saya memohon maaf di atas ketidakhadiran pelajar berkenaan. Anak saya akan hadir ke sekolah seperti biasa apabila pulih daripada sakitnya nanti.
3. Sekiranya pihak tuan ada sebarang kemusykilan di atas ketidakhadiran anak saya,bolehlah pihak sekolah menghubungi saya di talian …………. untuk mendapatkan kepastian.
4. Segala kerjasama dan keprihatinan daripada pihak tuan saya amat hargai dan dahului dengan ucapan terima kasih.
Yang benar,
……………………..
(HASNITA BINTI ABDUL MALEK)
012 766XXXX / 017 748XXXX (ABDUL MALEK)
Surat Tidak Hadir Ke Sekolah : Contoh 2
NAMA PELAJAR
ALAMAT
_________________________
_________________________ _________________________
Tarikh: _____/_______/__________
PENGETUA SMK JALAN SEKOLAH
PER : SURAT RASMI TUNJUK SEBAB KETIDAKHADIRAN ANAK/ JAGAAN KE SEKOLAH
Adalah saya merujuk kepada perkara diatas.
2. Saya ________________________________________ ibu/bapa/penjaga kepada murid bernama _________________________________________________ dari kelas ____________________ ingin memberikan sebab anak/ jagaan saya tidak hadir ke sekolah pada tarikh ________________________.
3. Anak/jagaan saya tidak dapat hadir ke sekolah pada tarikh tersebut kerana: ——————-
Antara alasan yang munasabah :-
- Anak/jagaan saya sakit/tidak sihat untuk hadir ke sekolah tanpa Sijil Cuti Sakit daripada doktor;
- Anak/jagaan saya menghadapi masalah pengangkutan ke sekolah;
- Anak/jagaan saya perlu menghadiri majlis _______________________________________ bersama keluarga;
4. Sehubungan dengan itu, saya memohon agar anak saya tidak dikategorikan sebagai melakukan kesalahan ponteng sekolah pada tarikh tersebut.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
……………………………………………………..
( )
Contoh 3
Contoh Surat Tidak Datang Ke Sekolah
No. 99, Kampung Baru, ______________________,
Johor. _______________________,
Guru Kelas ______________,
Sekolah ______________________________,
______________
Johor Bahru, Johor.
26 Ogos 2017
Tuan,
PER : Tidak Dapat Hadir Ke Sekolah
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2.Saya _________________________ bapa kepada ________________________ ingin menyatakan anak saya tidak dapat hadir ke sekolah selama ________ hari mulai ____________hingga __________ 2017.
3.Ketidakhadirannya adalah disebabkan_________________________________________ _________________________________________. Saya berjanji bahawa anak saya akan kembali semula ke sekolah pada _____________ 2017.
4. Adalah diharapkan pihak tuan dapat menyimpan segala nota dan lembaran kerja bagi pihak anak saya.
5.Pertimbangan dan kerjasama pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih.Sekian,terima kasih.
Yang Benar
………………………….
(____________________)
Contoh 4
Contoh Surat Tidak Datang Ke Sekolah
Lot 33,Fasa 1B,
Taman Botani
Jasin, Melaka. _______________________________________________________________________________
Guru Kelas ………
SK Seri Botani
Jasin, Melaka
21 OGOS 2017
Tuan/Puan,
Ketidakhadiran ke sekolah
Berhubung dengan perkara seperti di atas saya selaku ibu kepada pelajar ……………… dari kelas 5 Kerjasama
2. Ingin memaklumkan kepada pihak sekolah bahawa anak saya tidak dapat menghadirkan diri ke sekolah pada …………………….
3. Hal ini disebabkan masalah peribadi keluarga dan hal yang tidak dapat dielakkan.
4. Dengan itu,saya mengharapkan pihak sekolah dapat memberikan kerjasama dan perhatian sewajarnya kepada ketidakhadiran anak saya ke sekolah.Saya memohon maaf atas kelewatan menghantar surat oleh sebab kekurangan masa lapang.segala jasa baik pihak sekolah amat saya hargai.
Yang benar,
……….
…………………
Semoga perkongsian Contoh Surat ini dapat membantu anda untuk membuat satu surat rasmi yang terbaik. Ingat, ponteng sekolah tanpa alasan yang kukuh dan munasabah adalah salah. Jom ke sekolah untuk menimba ilmu.
Rel : 2 saya memohon maaf di atas ketidakhadiran, surat cuti sakit, 3 anak jagaan saya tidak hadir ke sekolah atas pelbagai alasan, nama anak, sakit tidak dapat hadir ke sekolah pada tarikh, format surat rasmi, 3 anak saya memohon maaf di atas ketidakhadiran pelajar berkenaan, surat tunjuk,