Contoh Penulisan Rumusan Kerja Kursus Sejarah PT3 2018. Berikut dikongsikan beberapa contoh rumusan Sejarah buat rujukan pelajar dalam menyiapkan penulisan sendiri untuk melengkapkan Kerja Kursus Sejarah PT3 2018 bertajuk Kajian Masyarakat Di Tempat tingga Anda.
Rumusan adalah merumuskan dengan menghuraikan hasil keseluruhan tugasan atau kajian. Penulisan rumusan adalah bergantung kepada tajuk kajian tugasan yang dibuat oleh calon.dan merangkumi keseluruhan aspek dan sangat relevan dengan tugasan. Maklumat dalam rumusan perlul selari dengan laporan kajian yang dibuat oleh calon.
Senarai Isi Kandungan
Contoh Rumusan Sejarah PT3 2018
Pelajar adalah disarankan untuk menyemak semula aspek dalam isi kandungan yang dibuat dan pastinya terdapat nilai-nilai / unsur-unsur / kesan / iktibar yang boleh diketengahkan. Setelah mengenalpasti nilai-nilai tersebut, pelajar perlu menggabungkannya sebagai satu rumusan disertakan dengan pengetahuan, cadangan dan harapan yang relevan berdasarkan tugasan kajian itu.
Contoh Penulisan Laporan Kajian Masyarakat Di Tempat Tinggal Anda
Saya amat bersyukur kerana dapat menyelesaikan kajian tentang masyarakat di kawasan tempat tinggal saya berserta sejarahnya dalam tempoh masa yang telah ditetapkan.
Sepanjang menjalankan kajian tentang masyarakat di kawasan tempat tinggal saya, banyak pengetahuan, pengajaran dan nilai positif yang telah saya pelajari.
Saya juga dapat menguasai kemahiran membuat penyelidikan dengan tatacara yang betul serta dapat meningkatkan kemahiran berkomunikasi.
Hasilnya saya dapat merumuskan bahawa kemakmuran sesebuah negara amat bergantung pada kemantapan dan keutuhan hubungan dalam setiap lapisan masyarakat.
Hubungan yang erat antara masyarakat dapat memainkan peranan yang amat penting dalam menjana kehidupan setempat yang aman dan harmoni.
Perpaduan ialah kunci kemakmuran dan kesejahteraan sesebuah negara. Tanpa perpaduan, negara akan berada dalam keadaan kucar-kacir dan masyarakat tidak lagi dapat hidup dalam keadaan aman dan damai.
Perpaduan dapat dilahirkan melalui hubungan baik sesama masyarakat. Masyarakat yang baik ialah masyarakat yang berjaya memupuk semangat toleransi, saling mempercayai dan mengamalkan perkongsian pintar sesama mereka.
Sekiranya hal ini diabaikan, maka lambat-laun akan tercetuslah bibit-bibit permusuhan yang akhirnya membawa kepada perbalahan dan perpecahan antara masyarakat.
Kesimpulannya, jelaslah kepada kita betapa penting dan besarnya peranan semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat setempat dalam menentukan kemakmuran serta kesejahteraan sesebuah negara. Hanya negara yang makmur dan sejahtera sahaja yang akan dapat meneruskan agenda pembangunan yang lebih gemilang pada masa akan datang.
Maklumat Lanjut Tugasan
Contoh penulisan yang dikongsikan hanya sebagai rujukan sahaja. Untuk panduan dalam menyiapkan tugasan Sejarah PT3, sila rujuk kepada maklumat yang disertakan di bawah:-
- Kaedah Kajian Tugasan Sejarah
- Contoh Jadual Kerja (Senarai Semak) Tugasan Sejarah
- Penulisan Pengenalan Tugasan
- Jawapan Contoh Tugasan Sejarah PT3 Tahun 2018
Rumusan Sejarah PT3 (Contoh Lain)
Berikut dikongsikan juga contoh rumusan Sejarah untuk tahun-tahun sebelumnya. Pelajar boleh mendapatkan idea dalam membuar rumusan Sejarah berkaitan tajuk tahun ini dengan merujuk kepada contoh rumusan Sejarah berikut :-
Rumusan 1
Saya amat bersyukur kerana telah menyelesaikan Kerja Kursus Sejarah dalam tempoh masa yang ditetapkan. Ketika menjalankan kerja kursus ini, banyak pengetahuan, pengajaran dan nilai yang telah saya pelajari. Saya telah mempelajari dan mengetahui banyak perkara yang berfaedah semasa melaksanakan kerja kursus ini. Saya telah banyak memperoleh maklumat tentang sejarah Kota A Famosa ini yang kian dilupakan masyarakat kini. Oleh itu, saya mesti menghargai dan memelihara warisan dahulu kala kita dan menghargai serta berusaha untuk mengekalkannya.
Saya juga telah mempelajari tentang keistimewaan dan keunikan bangunan ini yang dapat menarik minat ramai pelancong asing.Saya juga dapat menghayati nilai kesabaran, ketabahan, kejujuran dan kerjasama antara rakan-rakan semasa menjalankan dan menyelesaikan kerja kursus ini dengan sempurna. Nilai kerjasama telah membuatkan saya bersama rakan – rakan berganding bahu untuk mencari maklumat tentang bangunan itu.
Kerja kursus ini juga memberi peluang kepada saya untuk menguasai kemahiran membuat penyeledikan dengan tatacara yang betul serta dapat menigkatkan kemahiran berkomunikasi. Selain itu, nilai yang telah saya perolehi ialah keberanian untuk berkomunikasi, memupk sifat menghargai tradisi budaya dan bangsa negara kita. Kini, saya telah mengenali erti tidak putus asa dalam melaksanakan sesuatu tugasan.Saya juga mendapat tahu bahawa kita harus berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai sesuatu matlamat.
Rumusan 2
Sebagai rakyat Malaysia, saya berbangga kerana dapat hidup sejahtera dan dalam kedaan harmoni walaupun Negara saya mempunyai masyarakat berbilang bangsa. Kepelbagaian kaum di Malaysia mencorakkan pelbagai budaya dan cara hidup masyarakat yang berbeza, sekaligus memberi warna kehidupan yang pelbagai kepada Negara yang kita cintai.
Pelbagai budaya ini memberikan Negara sambutan yang berbeza daripada aspek perayaan, makanan, pakaian, tarian, nyanyian dan sebagainya. Saya mengkaji bangunan bersejarah yang memberi saya pengalaman daripada segi mencari maklumat. Juga memperolehi pengalaman kerana berpeluang mewujudkan kerjasama antara rakan, peluang mewawancara bersama mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam membentuk atau terlibat dalam projek pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan ini.
Saya amat berbangga mempunyai warisan budaya yang begitu tinggi nilainya.Rakyat kita hidup denhgan mengamalkan budaya Kekitaan atau Bersemangat kekitaan . Bangsa Melayu, Cina , India dan kaum-kaun lain di Malaysia, saling bekerjasama dan tolong menolong antara satu sama lain. Rakyat sentiasa mengamalkan persaan dan semnagat muhibbah atau semangat masyarakat. Walaupun menganut agama dan menjalani hidup yang berbeza amalan daripada segi budaya, masih ada sikap tolak ansur dan toleransi yang tinggi. Hal ini dipraktikkan sepenuhnya dalam menjaga pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah.