Contoh Pengenalan Sejarah PT3, Cara buat penulisan pengenalan tugasan/ kerja kursus sejarah terbaik masyarakat di tempat tinggal calon

Contoh Pengenalan Sejarah PT3 (Kajian Masyarakat)

Contoh Pengenalan Kajian Masyarakat Setempat Tugasan Kerja Kursus Sejarah PT3 2018. Pengenalan adalah salah satu aspek yang perlu ada dalam sebuah tugasan atau laporan. Berikut dikongsikan contoh pengenalan Sejarah PT3 yang berkisar kepada kajian masyarakat di tempat kajian pelajar.

Pengenalan adalah menjelaskan latar belakang iaitu dasar atau asas kepada sesuatu perkara. Latar belakang yang baik harus disusun dengan sejelas-jelasnya dengan disertakan data atau fakta yang menyokong/ mendukung. Oleh itu, pelajar perlu menjelaskan perkara asas tentang latar belakang tempat kajian sebagai Pengenalan laporan bagi memberikan gambaran keseluruhan kandungan kajian tersebut.

Contoh Pengenalan Sejarah PT3 (Kajian Masyarakat)

Contoh Pengenalan Sejarah PT3 Tahun 2018

Berikut dikongsikan contoh penulisan pengenalan untuk kerja kursus Sejarah Pentaksiran Tingkatan 3 buat rujukan pelajar dalam menghasilkan contoh pengenalan Sejarah PT3 yang terbaik.

Pelajar perlu menjelaskan/ memperkenalkan latar belakang tempat kajian (lokasi) berdasarkan kepada keadaan serta situasi terkini. Terdapat banyak cara dalam mendapatkan maklumat lokasi kajian seperti menemubual orang sumber (pengerusi / ketua kampung / orang lama ) untuk mendapatkan maklumat tepat.

Contoh Penulisan Laporan Sejarah PT3

Renggam adalah sebuah bandar kecil di daerah Kluang, Johor, Malaysia. Sejarah Bandar Renggam ada tercatat dalam Muzium British di United Kingdom di mana ianya telah menerima kunjungan Ratu Elizabeth II dan Ratu Victoria pada tahun-tahun 1950’an. Bandar atau Pekan lain yang berdekatan adalah Pekan Layang-Layang dan Pekan Simpang Renggam.

Kawasan sekitar Pekan Renggam dikelilingi oleh Kampung Melayu, Kampung Baru Cina dan ladang-ladang estet kelapa sawit yang besar

Selain itu, perkhidmatan keretapi antara bandar dari kawasan selatan ke utara dan pantai timur mahupun dari pantai timur dan utara ke selatan, akan berhenti mengambil dan menurunkan penumpang di stesen keretapi Renggam

Renggam terletak dalam Parlimen Simpang Renggam di bawah Y.B.Datuk Liang Teck Meng. Ahli Dewan Undangan Negeri Layang-Layang pada waktu ini adalah Y.B. Tuan Abd Mutalip bin Abd Rahim.

Maklumat Lanjut

Contoh penulisan yang dikongsikan hanya sebagai contoh sahaja. Untuk mendapatkan panduan dalam menyiapkan tugasan Sejarah PT3 2018, sila rujuk kepada maklumat yang disertakan di bawah:-

Semoga anda berjaya membuat satu hasil penulisan laporan Sejarah yang terbaik dengan jayanya.

Tinggalkan Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *