Contoh Kaedah Kajian Masyarakat Di Tempat Tinggal Anda. Panduan buat pelajar Tingkatan 3 (PT3) yang sedang menyiapkan tugasan Sejarah tahun 2018 yang bertajuk Kajian Tentang Masyarakat Di Tempat Tinggal Calon. Berikut dikongsikan senarai Contoh Kaedah Kajian Tugasan Sejarah PT3 2018 atau kaedah yang diguna pakai dalam menyiapkan isi kandungan tugasan kerja Kursus/ folio Sejarah.
Pelajar perlu menghuraikan setiap kaedah kajian yang diguna pakai secara terperinci dalam mendapatkan maklumat untuk tugasan iaitu selepas objektif kajian dikenal pasti.
- Contoh Objektif Kajian Sejarah PT3
- Contoh Jadual Kerja (Senarai Semak) Tugasan Sejarah
- Kerangka Kasar Penulisan Sejarah PT3
- Contoh Penulisan Pengenalan
- Contoh Penulisan Rumusan Tugasan
- Jawapan Contoh Kerja Kursus Sejarah PT3 2018
Senarai Isi Kandungan
Contoh Kaedah Kajian Tugasan Sejarah PT3 – Kajian Masyarakat Di Tempat Tinggal Anda
Kaedah kajian adalah satu usaha yang dilakukan secara individu atau berkumpulan bagi menyelesaikan sesuatu tugasan yang ingin di kaji.
Jumlah kaedah kajian yang perlu disenaraikan adalah bergantung kepada kaedah yang telah digunakan bagi meyiapkan tugasan sepenuhnya.
Contoh Kaedah Kajian Sejarah PT3
Kaedah kajian yang telah dijalankan oleh saya dalam mendapatkan maklumat terperinci kajian adalah sebanyak 6 kaedah seperti berikut :-
i) Bimbingan Dari Guru
Saya telah mendapat bimbingan dari guru Sejarah saya, iaitu Puan ………………………….
ii) Kaedah Pemerhatian Dan Tinjauan
Saya telah membuat pemerhatian dan tinjauan bagi mengenalpasti kemudahan prasarana kawasan, kehidupan penduduk, pekerjaan …………….
iii) Kaedah Analisis Dokumen
Saya juga turut merujuk dokumen/ laporan berita dari ……………………………. dalam memastikan kesahihan fakta yang ada. Dengan ini, penulisan kajian saya tidak akan diragui akan kebenarannya
iv) Penyelidikan
Saya bersama rakan sekolah juga turut mengunjungi perpustakaan ………………………….untuk menjalankan penyelidikan sumber-sumber arkib yang terdapat di situ. Dengan penyelidikan sumber yang pelbagai seperti koleksi buku ilmiah, akhbar, majalah dan sebagainya akan menguatkan lagi fakta-fakta dalam kajian saya
v) Muat turun internet
Dengan kemajuan yang pesat pada teknologi maklumat masa kini, saya turut menggunakan kemudahan internet dengan melayari laman sesawang berauthoriti/ rasmi berkaitan perkara yang dikaji. Saya turut memuat turun bahan tugasan yang diperolehi sebagai rujukan
vi) Temubual
Kaedah yang saya jalankan dalam menyiapkan kerja kursus ini antaranya adalah dengan menggunakan kaedah lisan iaitu melalui temubual dengan orang sumber saya yang tinggal di (Kawasan Kajian). Contoh : Saya telah membuat temubual bersama penduduk tempatan dan penduduk di sekitar kawasan dalam mendapatkan maklumat yang lebih berkaitan kawasan tempat tinggal saya.
vii) Audio Visual
Saya juga menggunakan kaedah audio visual dengan menonton video yang berkaitan dengan ________. Visual dan audio yang diperoleh turut membantu saya dalam melaksanakan kajian ini dengan jayanya.
Contoh Huraian Kaedah Kajian Sejarah PT3
Moga perkongsian Contoh Kaedah Kajian Tugasan Sejarah PT3 2018 boleh dijadikan rujukan buat pelajar dalam menyiapkan kerja kursus pada masa yang telah ditetapkan.