Senarai Semak Kerja Kursus Sejarah PT3 2018 Kajian Masyarakat Di Tempat Tinggal Anda. Berikut dikongsikan Contoh Jadual Kerja Sejarah PT3 2018 iaitu jadual senarai semak Kerja Kursus/ Folio Sejarah Pentaksiran Tingkatan 3.
Perancangan kerja adalah satu aktiviti penulisan aspek pengenalan yang bersesuaian dengan tugasan. Ianya akan mengambarkan keseluruhan kandungan hasil penulisan yang meliputi aspek penting seperti berikut :-
- Tajuk Tugasan
- Jadual Kerja (Senarai Semak)
- Objektif kajian (Contoh)
- Kaedah kajian (Contoh)
- Kerangka kasar penulisan
Senarai Isi Kandungan
Contoh Jadual Kerja Sejarah PT3 2018 (Kajian Masyarakat Di Tempat Tinggal Anda)
Berikut adalah contoh-contoh jadual kerja Sejarah yang boleh dibuat rujukan oleh pelajar dalam menghasilkan tugasan yang telah diberikan :-
Contoh Jadual Kerja/ Senarai Semak 1
Jadual kerja yang dikongsikan hanya sebagai contoh sahaja
Bil | Tarikh | Aktiviti | Catatan (Jika Ada) |
1 | Menerima taklimat daripada guru mata pelajaran Sejarah berkaitan dengan tajuk tugasan dan huraian berkaitan dengannya di sekolah | ||
2 | Membuat perbincangan dengan guru / rakan sekelas berkaitan dengan pemilihan tajuk. Cuba mengenalpasti kawasan/ lokasi yang sesuai untuk djadikan bahan kajian | ||
3 | Membuat rujukan awal berkaitan dengan tajuk yang diberi di internet / laman web tertentu | ||
4 | Mengenalpasti cara penulisan tugasan dengan lebih lanjut | ||
5 | Menentukan tajuk tugasan yang ingin dilakukan | ||
6 | Membuat rujukan lanjut berkaitan dengan tajuk tugasan menerusi lawatan peribadi ke lokasi kajian | ||
7 | Mengenalpasti maklumat yang diperlukan bagi memudahkan kerja penulisan tugasan | ||
8 | Menemuramah orang sumber berkaitan dengan tajuk kajian mengikut kehendak soalan kajian | ||
9 | Mengumpul bahan rujukan untuk persiapan menulis tugasan | ||
10 | Memulakan penulisan dan kerangka kerja di sekolah | ||
11 | Menulis tugasan yang diberi mengikut format atau kehendak tugasan tersebut di dalam kelas mengikut tarikh yang diberi oleh guru | ||
12 | Menyemak tugasan | ||
13 | Menghantar tugasan |
Contoh Jadual Kerja 2
Jadual kerja untuk tugasan Sejarah tahun 2015 yang juga boleh dibuat rujukan dalam menghasilkan jadual kerja Sejarah PT3 tahun ini
Contoh Jadual Kerja 3
Jadual Kerja 4
Semoga perkongsian Contoh Jadual Kerja Sejarah PT3 boleh dijadikan rujukan dalam menghasilkan tugasan yang terbaik. Diingatkan sekali lagi yang hasil tugasan yang terbaik hendaklah menepati kehendak tugasan yang diberikan yang merangkumi tajuk kajian, nama penulis, isi kandungan, objektif kajian, kaedah kajian, hasil kajian, rumusan dan sumber rujukan