Bacaan Doa Majlis Rasmi Dan Tidak Rasmi Mudah Serta Ringkas. Bacaan Doa pembuka majlis mudah dan ringkas sesuai untuk sebarang Majlis perpisahan, majlis kenduri kesyukuran ataupun perhimpunan serta perkahwinan.

Bacaan Doa Majlis Rasmi & Tidak Rasmi Mudah Dan Ringkas

Panduan buat umat Islam di Malaysia terutamanya yang sering bertugas sebagai pembaca doa sama ada bacaan doa majlis rasmi atau tidak rasmi. Kepada individu yang selalu ditugaskan untuk membaca doa kadangkala dipanggil pada saat-saat akhir untuk melafazkan doa di hadapan khalayak ramai sebelum sesuatu majlis dimulakan. Untuk itu, berikut dikongsikan contoh Bacaan Doa Majlis Rasmi & Tidak Rasmi Mudah Dan Ringkas buat panduan semua.

Di negara yang penduduk majoritinya adalah beragama Islam seperti Malaysia, seringkali pembukaan majlis rasmi atau tidak rasmi dimulakan dengan bacaan doa ringkas bagi memberkati dan melancarkan perjalanan majlis. Kita sudah dibiasakan dengan budaya dan amalan ini sejak dari zaman sekolah lagi di mana majlis seperti perhimpunan sekolah akan dimulakan dengan bacaan doa yang diketuai oleh wakil dari pihak pelajar. Amalan ini diteruskan sehingga ke peringkat pengajian tinggi dan majlis-majlis di tempat kerja supaya tidak lenyap dari kehidupan kita.

Bacaan Doa Majlis rasmi dan tidak rasmi

Bacaan Doa Majlis Rasmi Dan Tidak Rasmi (Bahasa Melayu & Arab)

Berikut adalah definasi majlis rasmi dan tidak rasmi :-

A. Majlis Rasmi

Definisi dan contoh majlis rasmi adalah seperti berikut:

Majlis Rasmi Dan Formal

Seperti majlis jamuan makan yang dianjurkan oleh Perdana Menteri untuk meraikan ketua-ketua kerajaan yang melawat Malaysia, perasmian sesuatu majlis anjuran kerajaan sebagai contoh pameran, seminar dan sebagainya.

Majlis Rasmi Tetapi Tidak Formal

Majlis anjuran kerajaan yang tidak banyak mematuhi protokol seperti majlis jamuan anjuran Perdana Menteri atau jamuan teh menyambut hari kemerdekaan. Pakaian yang sesuai untuk majlis ini ialah baju batik berlengan panjang, baju kurung bagi wanita dan bagi yang bukan Melayu memakai pakaian tradisional yang sesuai.

B. Majlis Tidak Rasmi

Majlis tidak rasmi beserta contoh-contohnya dapat ditakrifkan seperti di bawah:

Majlis Tidak Rasmi Tetapi Formal

Majlis yang dianjurkan oleh swasta yang memerlukan pematuhan protokol seperti perasmian bangunan yang dilaksanakan oleh menteri seperti perasmian bangunan kedai, acara pecah tanah dan sebagainya.

Majlis Tidak Rasmi Dan Tidak Formal

Seperti majlis-majlis biasa anjuran organisasi tertentu samada kerajaan atau bukan kerajaan. Protokol yang diikuti ialah protokol organisasi yang juga mengikut peraturan senarai keutamaan dalam organisasi masing-masing. Seperti contoh, jamuan tahunan majlis daerah serta jamuan tahunan jabatan pendidikan negeri.

Contoh bacaan doa yang dapat digunakan untuk majlis rasmi dan tidak rasmi adalah seperti berikut:

1) Bacaan Doa Majlis Dalam Bahasa Melayu

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ اْلعَلَمِْينَ
وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلىَ أَشْرَفِ الأَنْبِيَآءِ وَالمُرْسَلِينَ
وَعَلىَ آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِينَ

Ya Allah Ya Rahmaan Ya Rahiim,

Hanya padamu sahaja kami panjangkan kesyukuran atas segala rahmat dan berkat-Mu.

Bersempena dengan majlis pada hari ini, kami memohon inayah dan taufik-Mu, kurniakanlah kesejahteraan dan kebahagiaan kepada kami.

Bukakanlah hati-hati kami, lapangkanlah dada kami supaya kami dapat mengisi ilmu dan pengetahuan yang berguna untuk agama, bangsa dan negara.

Kami memohon kepada-Mu, agar Engkau berkatilah majlis ini dengan limpahan rahmat-Mu, semoga segala usaha kami dalam menjayakan majlis ini mendapat keredhaan dan hidayah-Mu.

Sesungguhnya pada hari ini kami berkumpul kerana-Mu Ya Allah.

Kami berkumpul untuk menimba ilmu, bertukar pendapat, menyumbangkan buah fikiran, menghubungkan silaturahim dan memberi sokongan ke arah meningkatkan lagi prestasi kami.

Kami memohon kekuatan dari hadhrat-Mu Ya Allah, supaya kami yang hadir pada hari ini, agar kami dapat melaksanakan segala kebajikan.

Dan kami pohon perlindungan dengan Engkau daripada melakukan keburukan.

Ya Allah kurniakanlah kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah diri kami dengan sifat lemah-lembut.

Serta muliakanlah kami dengan ketaqwaan dan indahkanlah diri kami dengan kesihatan.

2) Bacaan Doa Majlis Dalam Bahasa Arab

الحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ العَالَمَيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلىَ أَشْرَفِ الأَنْبِيَاءِ وَالمُرْسَلِيْنَ
وَعَلىَ آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ

اللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مُبَارَكاً مَرْحُوْمًا وَتَفَرُّقَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقًا مُبَارَكاً مَعْصُوْمَا وَلاَ
تَجْعَلِ اللَّهُمَّ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا شَقِيًّا وَلاَ مَحْرُوْمًا

رَبَّنَا عَلَيْكَ تَوَكَّلْنَا وَإِلَيْكَ أَنَبْنَا وَإِلَيْكَ المَصِيْرُ,اللَّهُمَّ طَوِّلْ أَعْمَارَنَا وَصَحِّحْ أَجْسَادَنَا وَثَبِّتْ إِيْمَانَنَا وَوَسِّعْ أَرْزَاقَنَا وَحَسِّنْ أَخْلاَقَنَا وَنَوِّرْ قُلُوْبَنَا بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ

اللَّهُمَّ اجْعَلْنَا مِنْ أَهْلِ الخَيْرِ وَاجْعَلْنَا مِنْ أَهْلِ البَرَكَةِ وَجَعَلْنَا مِنْ أَهْلِ المَغْفِرَةِ
اللّهُمَّ اجْعَلْنَا مِنْ أَهْلِ الجَنَّةِ وَجَعَلْنَا مِنْ أَهْلِ الفِرْدَوْسِ الأَعْلىَ بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ اللَّهُمَّ اجْعَلْ مَجْلِسَنَا هَذَا مَجْلِسًا مُبَارَكًا لأصحابنا وَأَهْلِنا وَجِيْرَانِنا وَضُيُوْفِنا بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ

رَبَّنَا آتنَا فِي الدَّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الأَخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
وَصَلَّى الله عَلىَ سَيْدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلىَ ألِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ
وَالحَمْدُ للهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ

3) Doa Pembuka Majlis

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ

وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ

Ya Karim , Ya Wadud

Sesungguhnya kami berhimpun pada hari ini, bagi menyatakan kesyukuran di atas kurniaan-Mu yang tidak ternilai. Jadikanlah kami hamba-hamba-Mu yang sentiasa bersyukur sama ada nikmat yang sedikit lebih-lebih lagi nikmat yang melimpah ruah kepada kami.

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim

Engkau berkatilah dan rahmatilah perjalanan Majlis _______________________________________ pada hari ini. Sesungguhnya engkau Maha Mengetahui bahawa kami di sini ingin menimba ilmu-Mu yang sangat luas bagi mengembangkan ilmu pengetahuan kami sebagai hamba-Mu yang engkau redhai.

Justeru berkati dan rahmatilah perhimpunan kami ini. Kurniakanlah kepada kami ilmu-Mu. Sinarilah hati-hati kami dengan cahaya dan hidayah-Mu. Semoga dengannya kami mudah menerima dan menghayati serta mengamalkannya.

Ya Zal Jalali Wal Ikram,

Kurniakanlah jua kepada kami kesihatan anggota, kecergasan minda, ketenangan jiwa, kekuatan semangat. Semoga dengannya kami mampu mendepani cabaran, berdaya saing dan mampu mengangkat martabat diri, keluarga, masyarakat dan negara.

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّار ِ

وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ

4) Bacaan Doa Majlis Perhimpunan

5) Doa Sempena Mesyuarat

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اَلْحَمْدُ للهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ , وَالعَاقِبَة لِلْمُتَّقِيْنَ وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ
وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ

Allahumma Antal ‘Azizul Jalil,
Sesungguhnya kami pada pagi ini, ingin merafa’kan kesyukuran dan pujian terhadap Mu, atas kurniaan Mu yang tidak ternilai.

Allahumma Ya Hakim Ya Azim,
Sesungguhnya kami berhimpun di sini bagi menyatakan kesungguhan, kommitmen dan iltizam kami dengan roh dan semangat untuk membangun ,membina serta mendidik dan memartabatkan anak bangsa supaya berbudi dan berjasa kepada agama, bangsa dan negara.

Justeru… berkati pertemuan kami, berkatilah jua usaha-usaha kami, ilhamkanlah dalam fikiran dan minda kami, idea-idea yang bernas, pandangan-pandangan yan jelas dan keputusan-keputusan yang waras. Kurniakanlah kepada kami limpahan ilmu yang berguna dan kefahaman yang benar. Satukanlah hati-hati kami, eratkanlah silatur rahimi dikalangan kami. Padukanlah tenaga dan usaha kami untuk memartabatkan pendidikan bangsa secara bersama demi mencapai kecemerlangan dan kegemilangan.

Allahumma Ya ‘Aliim, Wa Ya Khabiir,

Jadikanlah kami Ya Allah, dari kalangan hamba-hamba Mu yang taat dan bersyukur. Jauhilah kami Ya Allah, dari melanggari perintah Mu. Kurniakanlah apa kiranya ya Allah kepada kami kesihatan yang berpanjangan , kesejahteraan yang sempurna , fikiran yang waras, minda yang cergas, rezeki yang halal, zuriat dan generasi yang beriman serta segala kebaikan di dunia, pun jua di akhirat.

اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا ، وَتَفَرُّقَـَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقاً مَعْصُوْمًا ، وَلاَ تَجْعَلِ اللَّهُمَّ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا وَلاَ مَنْ يَتْبَعُنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا .
اللَّهُمَّ اجْعَلْ خَيْرَ أَعْمَارِنَا ءَاخِرُهُ وَخَيْرَ أَعْمَالِنَا خَوَاتِمُهُ وَخَيْرَ أيَّامِنَا يَوْمَ ألْقَاكَ فِيْهِ
اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ قـُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبَّنَاإنَّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّار ِ
وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ

6) Bacaan Doa Majlis Solat Hajat

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
الْـحَمْدُ للهِ الذِيْ بِنِعْمَتِهِ تَتِمّ ُالصَّالِـحَاتُ ، وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى رَسُوْلِنَا الأمِيْنَ وَعَلَى ءَألِهِ وَأصْحَابهِِ أجْـمَعِيْنَ .

Ya Allah Ya Tuhan Kami
Sesungguhnya pada ketika ini kami berkumpul kerana-Mu
Kami berkumpul untuk mengisi seluruh hidup kami dengan keredhaan-Mu
Sesungguhnya ketentuan dan takdir-Mu itu telah mengalahkan kami, dan ikatan nafsu syahwat telah menawan diri kami, maka jadilah Engkau ya Allah penolong kami, sehingga menolong kami melawan hawa nafsu kami, dan menolong sahabat kami terhadap musuh-musuh mereka , dan kayakanlah kami dengan kurnia-Mu sehingga kami merasa puas dan kaya dengan Engkau daripada meminta-minta daripada selain Engkau .

Ya Allah , Ya Karim Ya Wadud ,
Berkatilah usaha-usaha kami , mudah-mudahan (dengan usaha-usaha kami ini) anak-anak remaja Islam akan menjadi remaja yang cemerlang, terbilang , remaja yang disegani dan dihormati, samada dalam aspek akademik mahupun keperibadian.

Ya Rahman Ya Rahim Ya Rabbal’alamin ,
Sesungguhnya Engkau mengetahui apa yang kami rahsiakan dan yang kami nyatakan,
Semoga Engkau terima keuzuran kami,
Engkau mengetahui hajat kami,
Semoga Engkau kabulkan permohonan kami,
Engkau mengetahui dosa yang ada dalam diri kami,justeru itu kami mohon keampunan-Mu Ya Ghaffar,

Ya Allah Antalghaniyyu wa nahnulfuqara’
Ya Allah kurniakanlah Kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah diri kami dengan sifat lemah-lembut, dan muliakanlah kami dengan ketaqwaan dan indahkanlah diri kami dengan kesihatan dan kesejahteraan.

اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا ، وَتَفَرُّقَـَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقاً مَعْصُوْمًا ، وَلاَ تَجْعَلِ اللَّهُمَّ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا وَلاَ مَنْ يَتْبَعُنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا .
اللَّهُمَّ اجْعَلْ خَيْرَ أَعْمَارِنَا ءَاخِرُهُ وَخَيْرَ أَعْمَالِنَا خَوَاتِمُهُ وَخَيْرَ أيَّامِنَا يَوْمَ ألْقَاكَ فِيْهِ
اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ قـُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبَّنَاإنَّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّار ِ
وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ

7) Doa Sempena Minggu Orientasi Pelajar Baru

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
الْـحَمْدُ للهِ الذِيْ بِنِعْمَتِهِ تَتِمّ ُالصَّالِـحَاتُ ، وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى رَسُوْلِنَا الأمِيْنَ وَعَلَى ءَألِهِ وَأصْحَابهِِ أجْـمَعِيْنَ .

Ya Allah ,Ya Ra’ufurrahim ,
Kami merafakkan rasa kesyukuran kepada-Mu kerana telah mengizinkan kami untuk berada dan menghadiri Program Orientasi pelajar-pelajar (NyatakanTingkatan) sesi (Tahun Semasa) pada hari ini .

Ya Allah , Ya Tuhan Kami
Sesungguhnya pada hari ini kami berkumpul kerana-Mu Ya Allah
Kami berkumpul untuk mengisi seluruh hidup kami dengan keredhaan-Mu

Ya Allah , Tuhan Yang Maha Mengetahui ,
Berkatilah usaha-usaha kami , mudah-mudahan (dengan usaha-usaha kami ini) , anak didik kami akan menjadi pelajar yang cemerlang, terbilang , pelajar yang disegani dan dihormati, samada dalam aspek akademik mahupun kokurikulum seterusnya mampu melahirkan generasi pelajar yang berjaya di dunia mahupun di akhirat.

Ya Rahman Ya Rahim Ya Rabbal’alamin ,
Mudah-mudahan maklumat yang diberikan mengenai dapat memandu kami kearah kecemerlangan diri yang lebih gemilangan . Dan jadikanlah kami pelajar-pelajar yang sentiasa dahagakan ilmu pengetahuan dan sentiasa berusaha bersungguh-sungguh untuk meningkatkan prestasi pelajaran kami. Sesungguhnya menuntut ilmu itu adalah merupakan fardhu ain yang wajib dilaksanakan oleh setiap muslim dan muslimah . Janganlah Engkau jadikan kami pelajar yang hanya berpuas hati dengan apa yang kami perolehi dalam peperiksaan yang lalu .

Ya Munzilal Barakah wa Ya Kasyifalghummah ,
Ya Allah kurniakanlah Kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah diri kami dengan sifat lemah-lembut, dan muliakanlah kami dengan ketaqwaan dan indahkanlah diri kami dengan kesihatan.

اللَّهُمَّ اجْعَلْ خَيْرَ أَعْمَارِنَا ءَاخِرُهُ وَخَيْرَ أَعْمَالِنَا خَوَاتِمُهُ وَخَيْرَ أيَّامِنَا يَوْمَ ألْقَاكَ فِيْهِ
اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ قـُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبَّنَاإنَّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّار ِ
وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ

8) Bacaan Doa Majlis Perpisahan Kakitangan

Bacaan Doa Majlis perpisahan

Bacaan Doa Majlis perpisahan

9) Bacaan Doa Majlis Perkahwinan

Bacaan Doa Majlis perkahwinan

Bacaan Doa Majlis perkahwinan

10) Bacaan Doa Majlis Perkahwinan 2

Bacaan Doa Majlis perkahwinan

Bacaan Doa Majlis pernikahan

11) Bacaan Doa Kenduri Kesyukuran

Bacaan Doa Majlis kenduri kesyukuran

12) Bacaan Doa Jamuan Aidilfitri

Bacaan Doa Majlis jamuan

13) Bacaan Doa Majlis Penutup Umum

Bacaan Doa Majlis penutup

14) Bacaan Doa Majlis Perasmian

Bacaan Doa Majlis perasmian

Bacaan Doa Majlis perasmian

Semoga perkongsian Bacaan Doa Majlis Rasmi dan Tidak Rasmi boleh dijadikan rujukan berguna buat semua.

Tinggalkan Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *