Bacaan Doa Akhir Tahun Dan Awal Tahun Hijrah, Panduan bacaan doa dalam bahasa arab dan melayu serta video dan maksud.

Bacaan Doa Akhir Tahun Dan Awal Tahun Hijrah

Awal Muharram bakal tiba lagi menemui kita semua. Muharram adalah bulan pertama dalam Kalendar Islam. Tarikh Maal Hijrah tahun 2024 bersamaan dengan 1 Muharram 1446H adalah pada hari Ahad, 7 Julai 2024 yang merupakan hari cuti umum. Sempena dengan kedatangan Tahun baru Islam 1446 Hijrah atau Awal Muharram, berikut dikongsikan Bacaan Doa Akhir Tahun dan Awal Tahun Hijrah sebagai panduan buat umat Islam semua. Tema sambutan Maal Hijrah tahun ini adalah “Al Falah Pemacu Malaysia Madani”. Tema pada tahun lepas adalah “Perpaduan Teras Malaysia Madani”, tahun sebelum itu “Keluarga Malaysia Pemangkin Kemakmuran “, dan tahun-tahun sebelumnya adalah “Manhaj Rabbani, Ummah Berkualiti” dan “Ummah Rabbani Negara Harmoni”.

Doa di awal dan akhir tahun merupakan sesuatu perkara yang baik dan harus dilakukan oleh setiap lapisan masyarakat, namun ia bukanlah perkara yang wajib. Anda hendak berdoa, berdoalah di setiap waktu dan ketika. Setiap waktu dan ketika itu termasuk juga padanya doa di awal dan akhir tahun. Berdoalah semoga dosa kita di tahun yang lalu diampunkan dan amalan kita diterima. Jua berdoalah moga di tahun baru ini kita dibantu melawan syaitan, nafsu yang menyeru kejahatan serta dibantu melakukan amal ibadat sebanyak mungkin.

Bacaan Doa Akhir Tahun Dan Awal Tahun Hijrah

Awal Muharram

Amalan yang biasa dilakukan sewaktu menyanbut ketibaan bulan Muharram adalah membaca doa seperti yang dikongsikan di bawah. Selain itu, di antara kemulian bulan-bulan haram ini termasuk bulan Muharram adalah disunatkan berpuasa. Daripada Abu Hurairah dalam Hadith marfu’ telah berkata: Nabi ditanya: Apakah solat yang lebih afdhal selepas solat fardhu? dan apakah puasa yang lebih afdhal selepas bulan Ramadhan?

Maka jawab Nabi: Sebaik-baik solat selepas solat yang telah difardhukan ialah solat pada pertengahan malam dan sebaik-baik puasa selepas bulan Ramadhan adalah puasa pada bulan-bulan Allah (bulan-bulan haram). Hadith diriwayatkan oleh Imam Muslim, Abu Daud, Al-Tirmizi, Al-Nasai’e dan Ibn Majah.

Di samping itu, disunatkan juga kepada umat Islam untuk berpuasa pada 9 dan 10 Muharram. Ini kerana tarikh 10 Muharram (atau dinamakan hari ‘Asyura yang bermaksud sepuluh) mempunyai nilai sejarahnya yang tersendiri. Manakala disunatkan juga berpuasa pada 9 Muharram sebagai mukhalafah (membezakan) di antara kaum Yahudi yang turut berpuasa pada 10 Muharram.

Bacaan Doa Beserta Maksud

Berikut dikongsikan bacaan doa sempena kedatangan tahun baru Islam 1446 Hijrah.

  1. Bacaan Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah (petang Sabtu, 6 Julai 2024)
  2. Doa Awal Tahun pula dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram (Waktu Maghrib Sabtu, 6 Julai 2024)

NOTA : Berdasarkan kepada Kalendar Islam, pertukaran tahun hijrah adalah bermula selepas masuknya waktu Maghrib

Bacaan Doa Akhir Tahun Hijrah

  • Ianya dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah
  • Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata: “Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun”

Bacaan doa akhir tahun dalam arab

MAKSUD DOA (BAHASA MELAYU)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Segala pujian itu bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam, Selawat dan salam ke atas penghulu kami Nabi Muhammad berserta keluarga dan sahabat-sahabat baginda.

Ya Allah! Apa yang telah kami lakukan pada tahun ini dari perkara-perkara yang Engkau larang dan kami belum bertaubat daripadanya padahal Engkau tidak meredhainya dan kami telah melupakannya sedang Engkau pula tidak melupakannya dan Engkau berlemah lembut kepada kami sedang Engkau berkuasa mengazab kami malah memberi kami peluang supaya kami bertaubat selepas kami menceburkan diri melakukan maksiat kepada-Mu.

Oleh yang demikian kami memohon keampunan-Mu, maka ampunkanlah kami. Dan apa-apa yang telah kami lakukan sepanjang tahun ini dari perkara-perkara yang Engkau redhai dan Engkau telah menjanjikan ganjaran pahala kerananya, maka kami memohon kepada-Mu Ya Allah, Tuhan yang Maha Mulia, yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan semoga Engkau menerimanya (amal bakti) yang telah kami lakukan dan Engkau tidak menghampakan harapan kami, wahai Tuhan yang Maha Mulia.

Selawat dan salam ke atas penghulu kami Nabi Muhammad berserta keluarga dan sahabat-sahabatnya. Dan segala pujian itu bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam.

VIDEO BACAAN DOA

Bacaan Doa Awal Tahun Hijrah

Sementara itu, Doa permulaan bulan tahun baharu dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :-

“Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan”

DOA AWAL TAHUN HIJRAH

bacaan doa permulaan bulan muharram

MAKSUD DOA AWAL TAHUN HIJRAH (BAHASA MELAYU)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Segala pujian itu bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam, Selawat dan salam ke atas penghulu kami Nabi Muhammad berserta keluarga dan sahabat-sahabat baginda.

Ya Allah! Engkaulah Tuhan yang kekal untuk selama-lamanya sedia ada lagi tiada permulaan. Kelebihan-Mu Maha Agung dan kemurahan-Mu amat melimpah yang sangat-sangat diharapkan. Tibalah sudah tahun baru ke atas kami, kami mohon kepada-Mu perlindungan pada tahun ini daripada syaitan yang direjam dan konco-konconya serta bala tenteranya, kami juga memohon kepada-Mu pertolongan mengalahkan runtunan nafsu yang mendorong ke arah kejahatan, dan kami memohon kepada-Mu kerja-kerja yang boleh mendampingkan diri kami kepada-Mu, wahai Tuhan yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan.

Selawat dan salam ke atas penghulu kami Nabi Muhammad berserta keluarga dan sahabat-sahabatnya. Dan segala pujian itu bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam.

VIDEO BACAAN DOA AWAL TAHUN HIJRAH

SUMBER : Facebook Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur

Selamat Tahun Baru Hijrah dan Salam Maal Hijrah 1446H. Semoga perkongsian Bacaan Doa di atas bermanfaat buat semua.

Related : penting bagi umat islam, kerana melimpahkan rahmat, semoga Allah, beserta keluarga dan sahabatnya, maha pemurah, ya Allah, ba da, 1 muharram, muharram atau maal hijrah hijrah merupakan suatu hari, Allah swt, pujian bagi, Allah, tuhan, awal muharram atau maal 1 muharam madinah pada tahun 622, 10 agustus 2021, engkau janjikan, 1 muharram 1443, menyambut tahun baru islam 2021 1443 h

Tinggalkan Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *