Tahun 2020 merupakan tahun yang bakal mengalami pelbagai transformasi. Selain perubahan yang dilakukan oleh pihak kerajaan terhadap pelbagai aspek yang dapat kita lihat menerusi Belanjawan 2020, sistem pendidikan negara juga turut mengalami perubahan. Transformasi yang bakal dilakukan ini akan mempengaruhi peringkat awal tahap menengah atas di sekolah-sekolah menengah seluruh Malaysia kerana aliran sains dan sastera dimansuhkan mulai tahun 2020.
Proses pemansuhan yang berlaku ini secara tidak langsung akan mengubah sistem transisi para pelajar dari Tingkatan Tiga ke Tingkatan Empat tanpa pembahagian atau pembezaan aliran. Namun begitu, para pelajar berpeluang untuk memilih subjek yang ingin mereka pelajari berpandukan minat masing-masing.
- Klik Senarai Aliran Tingkatan 4 Mengikut KSSM Menengah Atas 2020 Terkini (Pakej STEM dan Pakej Sastera & Kemanusiaan)
Senarai Isi Kandungan
Tiada Lagi Aliran Sains Dan Sastera Mulai Tahun 2020
Terdapat kebaikan dan keburukan dalam langkah memansuhkan aliran saster dan sains. Dikhuatiri pemansuhan akan memberi implikasi terhadap kursus di peringkat universiti selain bertentangan dengan langkah Kementerian Pendidikan dalam menggalakkan mata pelajaran sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM).
Berikut dikongsikan maklumat berkaitan pemansuhan aliran sains dan sastera yang akan dilaksanakan bermula tahun 2020:
Mengapa Aliran Sains Dan Sastera Dimansuhkan?
- Menurut Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching, perbezaan antara aliran sains dan sastera tidak lagi wujud selari dengan pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM)
- Selain itu, Menteri Pendidikan, Maszlee Malik pernah mengeluarkan kenyataan berkenaan penggabungan aliran sains dan sastera di peringkat sekolah menengah seluruh Malaysia
- Jawatan kuasa Kajian Dasar Pendidikan Negara juga pernah mencadangkan penggabungan aliran sains dan sastera terhadap Polisi Pendidikan Kebangsaan sebagai usaha untuk menambahbaik sistem persekolahan di Malaysia
Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) Menengah Atas
- Pelaksanaan KSSM dilakukan secara berperingkat bermula dengan pelajar Tingkatan 1 pada tahun 2017
- Kohort pertama murid KSSM akan berada di Tingkatan 4 pada tahun 2020
- KSSM Menengah Atas merupakan kurikulum persekolahan di Tingkatan 4 dan 5 yang dijalankan di semua sekolah menengah
Definisi Pakej Mata Pelajaran Menengah Atas
- Pakej Mata Pelajaran Menengah Atas adalah berdasarkan gabungan mata pelajaran yang mempunyai nilai tambah kepada murid dalam konteks pembelajaran murid
- Ia dirangka berasaskan keperluan murid untuk melanjutkan pengajian ke peringkat pendidikan tinggi
- Pakej ini mengambil kira keperluan badan profesional dan laluan bidang kerjaya yang diminati murid
Pelaksanaan Pakej Mata Pelajaran Menengah Atas
Setelah aliran sains dan sastera dimansuhkan, pakej mata pelajaran menengah atas akan diperkenalkan. Rasional pengenalan pakej ini adalah seperti berikut:
- Para pelajar diberi peluang untuk mengenalpasti dan memilih subjek mengikut kecenderungan, minat, serta kebolehan dengan syarat kelayakan yang ditetapkan oleh Institut Pendidikan Tinggi
- Pihak sekolah mudah untuk membuat perancangan penawaran mata pelajaran dan pakej yang sesuai untuk murid bergantung kepada kemudahan dan guru di sekolah
Cara Subjek Dipilih
Faktor atau rujukan yang dapat digunakan dalam menentukan subjek/ mata pelajaran yang sesuai untuk dipilih oleh seseorang pelajar itu adalah berdasarkan:
- Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
- Keputusan PT3
- Ujian psikometrik
- Cadangan atau galakkan daripada guru atau guru kaunseling
PENGECUALIAN DARIPADA MATA PELAJARAN TERAS
Para pelajar yang dikecualikan daripada mengambil mata pelajaran Teras adalah seperti berikut:
- Murid DIKECUALIKAN daripada mengambil mata pelajaran Teras Sains jika mengambil mana-mana DUA subjek Sains Tulen iaitu:
- Fizik
- Kimia
- Biologi
- Murid DIKECUALIKAN daripada mengambil mata pelajaran Teras Pendidikan Islam jika mengambil mana-mana subjek berikut:
- Pendidikan Al-Quran & As-Sunnah dan Pendidikan Syariah Islamiah
- Turah Dirasat Al-Islamiah dan Turath Al-Quran Wa Al-Sunnah
- Usul Al-Din dan Al-Syariah
Kebaikan Dan Keburukan Pemansuhan Aliran Sains Dan Sastera
Antara kebaikan dan keburukan yang mungkin akan dihadapi sekiranya sistem pembelajaran baru ini dilaksana adalah seperti berikut
Kebaikan
- Para pelajar dapat memilih subjek/kelas berpandukan minat masing-masing
- Para pelajar tidak lagi berasa terpaksa untuk mempelajari suatu-suatu mata pelajaran yang tidak diminati
- Persediaan untuk melanjutkan pengajian ke peringkat penndidikan tinggi atau bidang pekerjaan tertentu dapat dirancang dengan lebih awal dan teratur
Keburukan
- Kebarangkalian tinggi untuk pelajar mengambil jalan mudah dengan memilih subjek-subjek yang mudah sahaja
- Mata pelajaran yang agak sukar seperti Matematik Tambahan, Kimia, Biologi dan Fizik tetapi penting untuk menjadi asas kepada pembelajaran di peringkat tinggi akan terabai
- Pihak sekolah mungkin akan menghadapi kesulitan dalam mengendalikan sistem pembelajaran baru ini
Apa Itu KSSM?
Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) merupakan kerangka Kurikulum yang berasaskan 6 tunjang iaitu:
REKA BENTUK KURIKULUM KSSM
KSSM memfokuskan perkembangan para pelajar dalam aspek-aspek berikut:
- Komunikasi
- Kemanusiaan
- Perkembangan Fizikal Dan Estetika
- Keterampilan Diri
- Sains Dan Teknologi (STEM)
- Kerohanian, Sikap Dan Nilai
Organisasi Kurikulum KSSM
KSSM memastikan standard pembelajaran yang ditetapkan untuk para pelajar tercapai dengan memberi penekanan terhadap aspek berlainan mengikut kesesuaian peringkat pembelajaran murid.
Aspek Penekanan KSSM
Aspek-aspek yang diberi penekanan untuk peringkat menengah rendah dan menengah atas adalah seperti berikut:
Menengah Rendah
- Pendidikan umum
- Peningkatan kemahiran yang diperoleh semasa di sekolah rendah
- Perkembangan bakat dan minat
- Asas pravokasional
- Perkembangan sahsiah, sikap dan nilai
- Peningkatan kemahiran yang diperoleh semasa di sekolah rendah
Menengah Atas
- Perkembangan bakat serta minat
- Perkembangan sahsiah, sikap dan nilai
- Pengkhususan
- Kerjaya
- Pendidikan tinggi
Semoga perkongsian maklumat berkaitan Aliran Sains & Sastera Dimansuhkan Mulai Tahun 2020 ini dapat memberi manfaat buat semua. Diharap agar para pelajar dapat memperoleh banyak faedah dengan pelaksanaan sistem pembelajaran yang bakal dilaksanakan ini.